Koei Tecmo dan Nintendo akhirnya mendedahkan butiran baru tentang Hyrule Warriors: Age of Calamity di TGS 2020 hari ini, termasuk gameplay baru yang menampilkan seiyuu Ririko Aoki, produser Yousuke Hayashi, dan pengarah Ryouta Matsushita.
Mereka bermula dengan menjelaskan rumusan pendek tentang permainan, dan kemudian memberitahu lagi secara khusus bagaimana beberapa watak seperti Link dan Zelda boleh menggunakan Sheikah Stone dalam permainan.
Seterusnya adalah bahagian gameplay langsung yang disertai oleh produser Koei Tecmo Furusawa, yang mencuba permainan depan penonton, dengan komentari oleh pengarah Matsushita dan produser Hayashi. Demo ini berlangsung pada awal permainan, dan menunjukkan seorang watak terkenal iaitu Impa semasa muda yang diselamatkan oleh Link lalu menyertai pasukan. Di sini lah, Link menerima Sheika Slate.
Seperti di Breath of The Wild, ia disarankan untuk tidak menyerang musuh yang lebih kuat, dan merancang strategi. Selepas mengelakkan serangan musuh, Weak Point Gauge akan muncul, di mana anda kurangkan dengan serangan tepat. Anda juga boleh menggunakan bom untuk memecahkan perisai dan pertahanan musuh yang lebih kuat. Sekiranya berjaya mengurangkan Weak Point Gauge, pemain boleh mencetuskan serangan Smash yang kuat. Fitur-fitur lain termasuk masa akan perlahan jika pemain dapat mengelak pada saat-saat akhir dan gunaan barang untuk memulihkan kesihatan.
Secara keseluruhannya, ia sama dengan Hyrule Warriors pertama tetapi dengan beberapa elemen Breath of The Wild seperti Bullet Time ketika Link menggunakan busurnya. Sebuah treler baru diterbitkan yang memfokuskan pada wira-wira yang dapat dimainkan daripada setiap puak:
Hyrule Warriors: Age of Calamity akan dilancarkan secara eksklusif di Nintendo Switch pada Nintendo Switch.

@gamersantaimy
Discussion about this post