Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2022] Preview Like a Dragon: Ishin! – Visual & gameplay hebat seperti Yakuza

safwan by safwan
September 16, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Preview, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS 2022] Preview Like a Dragon: Ishin! – Visual & gameplay hebat seperti Yakuza
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan TGS 2022 di Jepun, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba bermain game yang tidak pernah dikeluarkan selain Jepun dan kali ini adalah remake iaitu Like a Dragon: Ishin. Game ini bakal dilancarkan pada 21 Februari 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Dalam demo yang kami mainkan, terdapat satu mode yang dipanggil Night Mode di mana pemain boleh bertempur. Seperti dalam game Yakuza, terdapat empat gaya bertarung yang boleh digunakan iaitu Sword, Gun, Sword dan Gun, dan penumbuk.

Selain itu, terdapat juga sistem kad untuk digunakan kepada pasukan dan secara tidak langsung akan membuka ability istimewa seperti meningkat cooldown untuk kad lain, healing atau membuat serangan Kamehameha.

Dari segi pertempuran, ia sebenarnya agak ketat dan sebahagian besar masa bermain, saya hanya menggunakan gaya “Sword and Gun”.

Dalam masa yang sama, saya rasa seronok kerana dapat melihat watak-watak dalam era Bakumatsu dan bukannya Majima atau Kiryu. Pada asasnya, mereka melakonkan watak daripada era tersebut. Saya rasa ia sangat membantu kerana pelakon suara Yakuza semuanya mempunyai daya tarikan yang kuat.

Disebabkan tema utama game ini adalah tentang kesetiaan dan persahabatan, mereka menukar beberapa bahagian dengan menampilkan visual yang lebih pelbagai daripada perkara lain.

Like a Dragon: Ishin!

Semasa demo yang kami mainkan, saya bermain sebagai Sakamoto Ryoma di mana dia perlu mendapatkan “bounty” pada waktu malam sebelum ahli lain daripada “sixth division” dapatkannya. Dalam perjalanan ke sana, anda akan terserempak dengan pelbagai orang secara rawak. Jika terlalu risau, anda boleh sahaja menghubungi bos.

Sepanjang game, saya hanya bermain dengan menggunakan gaya “sword and gun” kerana ia serba boleh tidak kira sama ada ia serangan jarak jauh ataupun dekat. Untuk gunakannya dengan lebih berkesan, anda boleh mengelak dan dapat menembak musuh dan sekali gus menjatuhkan musuh dengan damage yang sangat baik.

Like a Dragon: Ishin!

Walaupun hanya versi demo, saya berkesempatan untuk berlawan dengan bos dan ianya sangat sengit. Disebabkan perkara tersebut, saya terpaksa mengeluarkan kesemua kad pasukan supaya tidak terbunuh dengan sangat kejam. Jadi dengan menggunakan kad-kad itu, saya dapat healing dan boleh membuat serangan Kamehameha kepadanya.

Jujur saya katakan yang struktur game ini adalah Yakuza dan ianya sangat bagus kerana itu adalah kepakaran Ryu Ga Gotoku Studio (RGG) dalam membangunkan francais Yakuza. Hakikatnya, ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan Yakuza tetapi watak-watak yang ditampilkan semua sangat popular dan secara teknikalnya menjadikan game ini hebat.

Like a Dragon: Ishin!

Like a Dragon: Ishin! sangat sesuai kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba masuk ke dalam francais Yakuza tanpa mengikut urutan game. Kalau ada yang berminat, anda boleh membuat pre-order di platform pilihan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak liputan mengenai TGS 2022, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon: Ishin!TGS 2022
Previous Post

Preview MH Rise: Sunbreak melawan Flaming Espinas di TGS 2022!

Next Post

Resident Evil Village VR Preview [TGS 2022] — Pengalaman Seram Hebat Bersama PSVR2!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Resident Evil Village VR Preview [TGS 2022] — Pengalaman Seram Hebat Bersama PSVR2!

Resident Evil Village VR Preview [TGS 2022] -- Pengalaman Seram Hebat Bersama PSVR2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd