Semasa livestream Capcom TGS 2022, maklumat terbaru tentang game berasaskan pasukan, EXOPRIMAL telah didedahkan. Game tersebut akan hadir ke PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Tanpa membuang masa, jom kita lihat maklumat terbaru yang telah diumumkan!
Watak-watak Exoprimal
Hammerheads (Patrol Squad #52585), merupakan skuad exosuit yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ace, Lorenzo, Alders, Majesty dan Sandy. Tetapi krew tersebut telah dibawa ke dalam vortex semasa misi dan terhempas di sebuah pulau, Bikitoa Island. Berikut adalah maklumat ringkas untuk setiap watak:
- Ace
- Pekerjaan: Exosuit Pilot
- Rupanya boleh diubah dan pemain akan gunakan Ace sepanjang game. Reka bentuk tersebut akan kekal dalam cutscene, skrin keputusan, dan bahagian lain dalam game.
- Lorenzo
- Pekerjaan: Mekanik Suit
- Alders
- Pekerjaan: Jurutera
- Majesty
- Pekerjaan: Exosuit pilot
- Sandy
- Pekerjaan: Android sokongan
Exosuit baru dan Rig
Terdapat dua exosuit yang telah diperkenalkan. Selain itu, kelengkapan baru “Rig” juga telah didedahkan! Berikut adalah Exosuit dan Rig yang telah diumumkan!
- Exosuit
- Tank: Murasame — Exosuit dilengkapi dengan pisau besar. Menggunakan jangkauan bilah untuk menyekat dan menentang serangan musuh.
- Support: Skywave — Exosuit sokongan yang boleh terbang di udara. Dilengkapi dengan kebolehan yang boleh merencatkan pergerakan musuh.
- Rig
- Blade — Melemparkan shuriken elektromagnet yang melumpuhkan musuh apabila bersentuhan.

Ciri customization yang menarik
Selain daripada Exosuit, pemain juga boleh mengubah pakaian serta rupa watak pilot masing-masing. Bukan setakat itu sahaja, emote dan stamp juga tersedia untuk anda berkomunikasi dengan rakan yang lain. Customization untuk exosuit boleh meningkatkan kelajuan reload senjata dan juga mengubah prestasi untuk kebolehan tertentu. Rig juga boleh dipakai sebelum mula match malah boleh menukarnya pada bila-bila masa!
EXOPRIMAL sedang dalam pembangunan dan disasarkan untuk dikeluarkan pada tahun 2023. Terdapat banyak maklumat yang akan didedahkan melalui saluran media sosial rasmi dan laman rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post