Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2021] Forspoken menceritakan lebih lanjut tentang dunia permainan, naratif, & sistem pertempuran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2021
in Acara, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5
0 0
0
[TGS 2021] Forspoken menceritakan lebih lanjut tentang dunia permainan, naratif, & sistem pertempuran!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara Tokyo Game Show hari ini, pengarah bersama Takefumi Terada dan penerbit kreatif Raio Mitsuno dari Luminous Productions berkumpul untuk membincangkan lebih lanjut tentang game aksi RPG Forspoken. Dalam temu ramah itu, mereka mendedahkan banyak maklumat mengenai dunia permainan, sistem pertempuran, dan naratif termasuk latar belakang bagi watak utama Forspoken, Frey.

Dilakonkan oleh Ella Balinska, Frey Holland merupakan seorang wanita berusia 20 tahun dari New York yang cerdik tetapi kurang matang. Kerana dibesarkan dalam yang keadaan yang sukar, dia tidak begitu mempercayai dunia dan cenderung untuk menggunakan sindiran atau berlawak untuk mengalihkan perhatian dari kelemahannya sendiri. Apabila dia dibawa ke dunia misteri bernama Athia, Frey mendapati bahawa dia bukan sahaja memiliki kuasa ajaib, malah mempunyai sejenis gelang ajaib yang boleh bercakap bernama Cuff, di tangannya. Bersama, mereka mesti bekerjasama untuk membantu Frey mencari jalan pulang ke dunia sebenar.

Walaupun Mitsuno memberitahu bahawa ini bukan masanya untuk mencerita segala-segalanya tentang Cuff, dia menjelaskan bahawa hubungan gelang tersebut dengan Frey adalah sesuatu yang menarik dan penting.

Cuff sebenarnya sangat penting untuk jalan cerita, kerana ia akan membimbing pemain dan Frey ke destinasi seterusnya. Apa yang menarik ialah Cuff dan Frey sebenarnya amat serupa.

Mereka berdua sangat jujur dan akan cakap apa sahaja yang mereka fikirkan. Ini bermakna mereka berdua selalu bertengkar dan saya rasa itu adalah salah satu sorotan dalam permainan.

kata penerbit kreatif Raio Mitsuno semasa menjelaskan naratif Forspoken.

Seterusnya, Terada menjelaskan tentang sistem pertempuran yang berasaskan sihir secara lebih mendalam, dengan menjelaskan semua ciri unik yang ada dalam Forspoken.

Frey boleh menggunakan sihir untuk memasang perangkap atau memperkuatkan kuasanya. Kami sediakan pelbagai sihir unik untuk permainan ini. Saya tidak dapat mengatakan dengan tepat berapa banyak jenis sihir, tetapi memang banyak. Ini membolehkan pemain belajar dengan pelbagai sihir dengan cara yang berbeza supaya dapat memenuhi semua jenis gaya permainan.

Kami pernah berfikir yang sesetengah pemain mungkin akan cuba menamatkan permainan ini hanya dengan satu gaya sihir, jadi kami merancang [sistem] pertempuran ini untuk mendorong semua bereksperimen dengan pelbagai jenis sihir yang ada di Forspoken.

kata pengarah bersama Takefumi Terada tentang sistem pertempuran yang berasaskan sihir.

Untuk temu ramah penuh, anda boleh melihat versi yang diterjemahkan di SINI.

Forspoken akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PC pada Musim Bunga 2022. Untuk segala liputan kami tentang TGS 2021, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ForspokenFreyGameplaysquare enixTGS 2021
Previous Post

[TGS 2021] Pelepasan dalam rancangan November ini & Gameplay terbaru didedakan untuk Final Fantasy VII The First Soldier

Next Post

[TGS 2021] Genshin Impact dedahkan kandungan baru untuk versi 2.2 dan kolaborasi bersama Razer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[TGS 2021] Genshin Impact dedahkan kandungan baru untuk versi 2.2 dan kolaborasi bersama Razer!

[TGS 2021] Genshin Impact dedahkan kandungan baru untuk versi 2.2 dan kolaborasi bersama Razer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd