Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2020] Megaton Musashi memperkenalkan mecha & pilot kanak-kanak bermasalah! Anime akan datang pada 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2020
in Android, Anime, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Livestream, Mobile, Nintendo Switch, PS4
0 0
0
[TGS 2020] Megaton Musashi memperkenalkan mecha & pilot kanak-kanak bermasalah! Anime akan datang pada 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan tahun lepas, Level-5 telah berkolaborasi bersama Shonen Jump untuk menghasilkan sebuah permainan video mecha berjudul Megaton Musashi. Hari ini, ia menjadi antara tumpuan utama di TGS 2020, dengan siaran langsung yang mempamerkan lebih banyak lagi tentang gameplay permainan. Siaran langsung baru ini mendedahkan kami lebih banyak mengenai jalan cerita, serta mecha dan juruterbang yang memandukan robot gergasi ini.

 

1 of 2
- +

Bagi mereka yang tidak tahu Megaton Musashi, ini adalah permainan mecha koperasi di mana anda mengawal robot gergasi dan bekerjasama dalam pertempuran dalam talian untuk melawan makhluk asing daripada angkasa lepas. Gunakan robot gergasi ini yang dihasilkan oleh teknologi manusia, untuk bekerjasama dengan sekutu dan mengalahkan makhluk asing yang menyerang.

Gunakan abiliti unik setiap robot untuk menyerang, mempertahan, menyembuh, dan mengatur strategi untuk mengalahkan musuh. Selain itu, setiap robot boleh diubah suai dengan pelbagai bahagian, jadi ciptalah robot gergasi anda sendiri!

Latar belakang

https://www.youtube.com/watch?v=4M7mUVaIpq0

“Dunia berakhir pada tahun 2118…

Pada tahun 2118, makhluk asing yang dikenali sebagai Doractors menyerang Bumi, dan berjaya tawan planet ini dalam beberapa hari. Bumi dibiarkan dalam bentuk donat yang tidak lengkap, dan sebagai sarang bagi penghuni barunya. Manusia melarikan diri ke Shelter, sebuah fasiliti yang memiliki kemampuan pertahanan yang sangat tinggi, dan merancang serangan mereka untuk mengambil kembali planet ini.

Ini ialah harapan terakhir umat manusia. Kekuatan untuk mengalahkan makhluk asing. Harapan mereka terletak pada ‘Musashi’, sebuah robot gergasi bertaraf ‘Megaton’.”

*Maklumat rasmi masih diperolehi, dan artikel ini akan dikemas kini dengan info tentang dua lagi mecha dan juruterbang mereka*

Mecha

 

1 of 3
- +

Musashi: adalah robot gergasi terkuat di dunia, dan berfungsi sebagai lambang teknologi Bumi. Dengan tinggi 60 meter, ia merupakan gabungan robot daripada tiga mesin berbeza. Selain daripada senjata biasa seperti Photon Revolver, ia mempunyai Diffusion Blaster di dada yang merupakan abiliti paling kuat miliknya.

Gaudia: robot jenis support yang sesuai dengan elemen ‘rogue’, kerana lebih suka menyerang dari jauh.

Sparkman: robot jenis melee yang mengkhususkan diri dalam pertempuran jarak dekat.

Juruterbang

 

1 of 3
- +

Untuk menawan semula Bumi, kawalan robot gergasi itu dipercayakan kepada lima remaja iaitu:

Yamato Ichidaiji: seorang psikopat. Keperibadiannya berubah sebaik dia memahami kawalan robot. Dia mempunyai kemampuan tinggi untuk menjadi juruterbang hebat, kerana cepat membuat keputusan, refleks yang pantas, dan banyak lagi.

Teru Asami: narsisis yang sombong dan suka mengira dengan keputusan markah yang tinggi. Dia selalu tenang, dan tidak mudah difahami.

Ryuugo Hijikata: seorang pemuda panas baran yang berperangai seperti samseng. Dia suka bergaduh, tetapi pandai menjaga orang lain.


https://twitter.com/megatonmusashi/status/1309743457351528449

Selain itu, Level-5 mengumumkan bahawa anime spinoff Megaton Musashi berjudul “After School” juga akan membuat tayangan perdana pada musim panas 2021.

Megaton Musashi sedang dibangunkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, iOS, dan Android.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animelevel-5mechaMegaton MusashiRobotshonen jumpTGS 2020
Previous Post

[TGS2020] Versi bahasa Jepun Cyberpunk 2077 dan video promosi didedahkan!

Next Post

[TGS2020] Penjelasan gameplay MMORPG Ni No Kuni: Cross Worlds!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
[TGS2020] Penjelasan gameplay MMORPG Ni No Kuni: Cross Worlds!

[TGS2020] Penjelasan gameplay MMORPG Ni No Kuni: Cross Worlds!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd