Semasa siaran langsung The Games Award (TGA) 2021, Atlus telah mengumumkan bahawa Persona 4 Arena Ultimax akan hadir ke pelbagai platform seperti Steam, Nintendo Switch dan PS4! Game itu akan dilancarkan pada 17 Mac tahun depan.
Anda sudah boleh pra-pesan game ini di Steam dengan harga RM 99. Terdapat beberapa edisi lain yang tersedia untuk anda beli iaitu Midnight Channer Collection dan Deluxe Edition. Midnight Channel Collection akan tersdia dengan harga RM124.60 manakala Deluxe Edition pula berharga RM138.60 dan kedua-duanya akan mempunyai Persona 4 Golden tersedia. Jadi inilah peluang anda untuk mempunyai P4G jika masih belum membelinya. Harga tersebut adalah potongan potongan sebanyak 30%.
Jika anda sudah bermain P4G, P4AU ini merupakan sebuah game yang berlaku selepas P4G. Jadi agak berbaloi untuk anda mencuba game ini. Dan ia bukanlah permainan seperti Persona yang lain, ianya sebenarnya fighting game. Bermain sebagai watak-watak dari Persona 4, anda berlawan dengan musuh dan melalui sebuah penceritaan baru dan juga watak baru yang anda akan jumpa semasa bermain.

Persona 4 Arena Ultimax pada mulanya telah dilancarkan ke konsol PS3 dan Xbox 360 pada September 2014. Kini, anda juga boleh menikmatinya pada konsol generasi baru. Anda boleh menonton siaran langsung TGA melalui pautan ini.
Untuk liputan lain mengenai TGA 2021 dari kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post