Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Terokai Rahsia “Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land” – Gameplay Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 23, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Terokai Rahsia “Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land” – Gameplay Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

KOEI TECMO dan pembangun Gust telah berkongsi maklumat terbaharu tentang mekanik gameplay dalam JRPG mereka yang akan datang, Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land.

Trailer gameplay terbaru yang dikeluarkan memaparkan bagaimana pemain dapat memanfaatkan pelbagai sistem yang akan membimbing mereka dalam dunia Atelier Yumia. Ini termasuk penerokaan, sintesis, mekanik pertempuran, dan banyak lagi. Berikut adalah rumusan:

Berlatarbelakangkan dunia yang hancur akibat bencana besar yang memusnahkan benua Aladiss, game ini mengisahkan perjalanan Yumia Liessfeldt, seorang alchemist muda. Selepas tragedi itu, ilmu alchemy menjadi satu larangan, namun Yumia tetap bertekad untuk membongkar misteri kejatuhan Aladiss.

Dia ditemani oleh Flammi, rakan terbang misteri yang dahulunya milik ibunya. Dalam perjalanan ini, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak menarik seperti Licht, seorang perisik mahir; Wilma, seorang ahli antropologi yang meminati budaya Aladiss; Erhard, ketua Research Team; dan Alber, sebuah puak mesra yang tersebar di seluruh dunia.

Penerokaan dan Pemburuan Relik

Salah satu elemen utama game ini ialah penerokaan. Pemain akan menyusuri dungeon, runtuhan, dan lokasi purba untuk mencari harta karun, termasuk “memory vials” yang bernilai tinggi. Vial ini mengandungi serpihan masa lalu yang memberikan maklumat penting seperti lokasi relik tersembunyi. Dengan membuka vial ini, pemain juga boleh memperoleh bahan rare yang diperlukan untuk sintesis dan penciptaan barang.

Kredit: Koei Tecmo

Sepanjang perjalanan Yumia di dunia yang musnah, pemain akan menemui kunci harta karun yang membuka ganjaran tambahan. Mereka juga boleh menggunakan “trait crystals” yang dijumpai dalam peti harta untuk meningkatkan barang atau peralatan, menjadikannya lebih berkuasa. Di samping itu, pemain akan menjumpai “mana geysers” yang mengeluarkan “particles” penting untuk membuka resipi sintesis baharu, membolehkan penyesuaian terhadap kebolehan dan peralatan Yumia.

Kredit: Koei Tecmo

Namun, penerokaan dalam Atelier Yumia bukan tanpa risiko. Di kawasan tertentu, pemain akan memasuki “manabound areas” di mana tenaga mana menjadi terlalu pekat. Kawasan ini perlahan-lahan akan mengurangkan tenaga Yumia, menyukarkan dia untuk berlari dan mengurangkan keupayaannya dalam pertempuran. Untuk memulihkan kesihatan dan mengurangkan kesan ini, pemain perlu mencari Alstahlia Flowers dan membersihkan mercu tanda yang boleh memulihkan keseimbangan kawasan tersebut, menjadikan penerokaan lebih selamat dan lancar.

Kredit: Koei Tecmo

Sepanjang cerita, Yumia juga akan menyelesaikan misi yang diberikan oleh rakan-rakan pengembaraannya. Setiap misi ini memberikan ganjaran eksklusif dan peluang untuk memperkembangkan watak. Selain itu, pemain boleh melengkapkan misi biasa yang menawarkan pelbagai ganjaran. Ketika menjelajah dunia luas Atelier Yumia, pemain akan menemui lokasi penting seperti Shrines of Prayers dan mercu tanda. Penemuan ini akan mencetuskan misi lokasi baharu, menambah variasi kepada pengalaman pengembaraan.

Kredit: Koei Tecmo

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land akan tersedia pada 21 Mac 2025 untuk Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, PC melalui Steam dan buat pertama kalinya dalam sejarah francais, Xbox Series X|S dan Xbox One.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Atelier YumiaAtelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Guilty Gear Strive: Dual Rulers Akan Ditayangkan April 2025!

Next Post

Dating Sim “Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme” Ditunda ke 27 Mac!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Dating Sim “Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme” Ditunda ke 27 Mac!

Dating Sim "Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme" Ditunda ke 27 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd