Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Terlalu banyak masalah” – Juara Pokemon Unite anggap game hampir mati

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Multiplayer, Nintendo Switch
0 0
0
“Terlalu banyak masalah” – Juara Pokemon Unite anggap game hampir mati
Share on FacebookShare on Twitter

Nicholas ‘Junglebook‘ Kim, salah seorang pemain dalam pasukan juara dunia Pokemon Unite – BLVKHVND, telah menggelar bahawa game ini berada dalam keadaan ” hampir mati” dan memetik pelbagai masalah termasuk isu keseimbangan, meta yang basi dan queue terlalu panjang sebagai sebab mengapa ramai tidak suka bermain.

Unite is a dying game. Solo queue is terrible (long qs, clueless teammates, often on ping) and five stacks are stale (long qs, same meta for months, also clueless teammates Kappa). In the foreseeable future, I won’t be playing much Unite unless these critical problems are fixed.

— junglebook1 (@junglebook1_) September 28, 2022

Beberapa hari lepas, Kim meluahkan kekecewaannya di Twitter di mana dia menulis yang rakan sepasukan yang “bebal” dan ping tinggi juga telah membuatkan keadaan menjadi lebih sukar untuk bermain.

Jika beratur solo pun susah untuk dapatkan perlawanan, bayangkan kalau bermain dengan “full team” (5-man team). Seperti yang korang tahu, apabila matchmaking dengan “5-man team”, musuh juga harus mempunyai jumlah orang yang sama – jadi tempoh yang diperlukan untuk bertemu pihak lawan akan mengambil masa lama (mungkin hingga sejam dalam situasi Kim).

Bukan itu sahaja, meta di dalam Unite tidak banyak berubah dan kekal lebih kurang sama selama berbulan-bulan, yang membuatkan gameplay rasa amat membosankan.

Di sini, Kim mencadangkan beberapa penambahbaikan yang mungkin boleh menyelesaikan masalah Unite.

Pertama, dia mahu melihat update/kemas kini yang lebih kerap dan berkualiti. Kedua, dia meminta “solo queue” untuk menambah insentif/ganjaran menarik supaya pemain bagus diberi ganjaran setimpal.

Kim juga ingin melihat lebih banyak kejohanan rasmi bagi Pokemon Unite, selain daripada Worlds UCS kerana percaya ini akan “meningkatkan jumlah pemain kompetitif umum” dan memastikan pasukan lebih bermotivasi untuk berlatih.

3) run more official tournaments, even if not a part of the Worlds UCS circuit (stimulates improvement of the general competitive player base, keeps teams constantly motivated to practice, etc.)

— junglebook1 (@junglebook1_) September 28, 2022

Malangnya, cakap itu mudah. Kita tidak tahu apa yang berlaku di sebalik studio Pokemon Unite dan bukan mudah untuk melaksanakan semua perubahan ini.

Bagi saya, Pokemon Unite sudah cukup menarik. Cuma, pasaran game ini dikawal oleh satu entiti yang besar. Seperti yang korang tahu, genre Mobile MOBA sangat popular terutamanya di Asia Tenggara tetapi kebanyakannya terdiri daripada pemain Mobile Legends: Bang Bang. Malah Wild Rift yang memegang nama League of Legends pun tidak dapat bersaing.

Kami juga pernah membuat analisis tentang Mobile Legends: Bang Bang vs League of Legends: Wild Rift yang korang boleh baca di SINI.

Kim akhirnya menamat tweet dan berkata bahawa “realiti menyedihkan adalah Unite tidak akan menerima sumber dan perhatian yang diperlukan untuk menyedari potensi penuhnya sebagai MOBA yang kompetitif.”

I hope that someone important sees this but I don’t have high expectations. The sad reality seems to be that Unite will never receive the resources and attention it needs to realize it’s full potential as a competitive MOBA.

— junglebook1 (@junglebook1_) September 28, 2022

Apa pendapat korang? Adakah korang rasa Pokemon Unite hampir mati? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang game tersebut, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MOBAMobilePokemon Unite
Previous Post

[Khabar Angin] Need for Speed: Unbound bakal dilancarkan 2 Disember 2022!

Next Post

Pengulas FIFA 23 akan kecam pemain kalau tidak “perform”, nasib boleh tutup komen negatif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pengulas FIFA 23 akan kecam pemain kalau tidak “perform”,  nasib boleh tutup komen negatif

Pengulas FIFA 23 akan kecam pemain kalau tidak "perform", nasib boleh tutup komen negatif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd