Pelakon Jeanette Maus, yang menyuarakan beberapa watak di Resident Evil Village, telah meninggal dunia. Beliau adalah pelakon bagi salah seorang “witch” di House Dimitrescu.

Maus meninggal dunia pada 24 Januari 2021 akibat komplikasi barah usus setelah bertahan selama lapan bulan. Pelakon itu menghidap penyakit Crohn dan baru-baru ini disahkan menghidap COVID-19, menurut laman GoFundMe yang dicipta untuk menolong membiayai bil perubatannya. Dia hanya berumur 39 tahun. Kematian Maus pertama kali diumumkan oleh tunangnya, Dusty Warren, di Facebook. Capcom kemudian memuat naik tweet tentang kematian tragisnya pada 27 Januari 2021.
We here at Capcom R&D 1 are deeply saddened to hear about the passing of Jeanette Maus, the talented actress who helped bring several different characters, including our witches to the world in Resident Evil Village. Our hearts go out to her family and loved ones. pic.twitter.com/zG1K6BrkY0
— Capcom Dev 1 (@dev1_official) January 28, 2021
Demo Resident Evil Village mengisahkan sekumpulan vampir wanita yang bekerja sebagai pembuat arak. Mereka dikenali kerana memasukkan bahan “istimewa” dalam arak, lantas memberikan rasa yang unik kepada minuman. Kumpulan vampir ini diketuai oleh individu lagi kuat bernama Lady Dimitrescu, yang dianggap sebagai ibu kepada vampir-vampir lain.
Maus melakonkan salah satu wanita cantik ini, dan ia diterima dengan positif oleh peminat di seluruh dunia. Kerana terlalu cantik dan menawan, mereka menjadi meme dalam internet; di mana kebanyakan peminat berjenaka jika mereka harus rasa takut atau tertarik kepada Lady Dimitrescu dan anak-anaknya. Resident Evil Village akan keluar pada 7 Mei untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Bagi mereka yang berminat, sebuah demo kini tersedia di PS5. Untuk segala liputan kami tentang RE Village, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post