Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teringin nak pakai pelbagai senjata dan tempuhi banyak musuh? BORDERLANDS 3 la jawapanya! Jom usha REVIEW kami!

Nyny.A by Nyny.A
September 29, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Review
0 0
0
Teringin nak pakai pelbagai senjata dan tempuhi banyak musuh? BORDERLANDS 3 la jawapanya! Jom usha REVIEW kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekejap terasa masa belalu… Dari awal pengenalan Borderlands 3 hingga kami dapat mencuba demonya kami kongsikan kepada peminat semua, kali ini sekali lagi kami membuka tirai Review BORDERLANDS 3 setelah menadapat sendiri permainan ini minggu lalu!

2K ternyata membuatkan Borderlands 3 hadir dengan gempak. Sejak kehadiranya 13 September lalu untuk platform PC yang boleh didapati di Epic Game Store, di PlayStation, Xbox juga Google Stadia, buah mulut mengenainya tidak henti-henti dikongsikan di media sosial sehingga penjualanya mencecah 1 Billion weh! Okay-okay, tak nak lengahkan masa jom usha sendiri review kami!

Pengenalan

Tidak sangka apa yang dijanjikan pihak 2K sepanjang pengenalan Borderlands 3 menjadi kenyataan. Permulaan permainan ibarat berada dalam gaming dulu-dulu tapi dalam grafik yang tinggi! Seperti biasa dalam permainan-permainan yang lain, Borderlands 3 bermula dengan vault hunters yang menyebar ke planer Pandora. Selepas cutscenes yang menampilkan beberapa adegan ala-ala ultra keganasan dan latar belakang audio yang menarik, kami didatangi dengan empat pendatang baru iaitu Amara, Moze, Zane dan FL4K. Kesemuanya mempunyai keperibadian yang berbeza dalam personaliti dan variasi mekanikal.

Amara merupakan Siren yang hebat! Mempunyai serangan psikik yang hebat dan dapat menghapuskan musuh dengan peluru elemen atau meninggalkanya terapung diudara yang terdedah kepada tembakan. FL4K pula adalah robot yang mengembara yang sentiasa membawa salah satu daripada tiga haiwan setia mereka ke dalam peperangan untuk mengalahkan statistik dan menyerang musuh. Kemahiran tindakan mereka membolehkan mereka menghantar ‘forth dive-bombing Rakk’, melancarkan haiwan kesayangan Gamma Burst melalui peluru, dan juga Fade Away untuk sementara menjadi halimunan.

Zane merupakan yang paling lemah mengikuti margin yang luas, seorang yang agak generik dengan aksen dan kuasa yang memberi tumpuan kepada pergerakan dan perisai. Dan yang terakhir adalah Moze, Moze adalah seorang veteran pertempuran keras yang pada asalnya berjuang untuk Vladof apabila skuadnya telah dihapuskan semasa misi bunuh diri. Setelah terselamat, bersama dengan Iron Bear beliau, dia kemudian akan menjadi vault hunter.

Setiap watak ini mempunyai tiga pokok kemahiran yang menjadi ciri-ciri aktif dan pasif yang berbeza, dengan  kecenderungan kesihatan maksimum, kelajuan tambah dan kemampuan bertahan di tengah-tengah pertempuran.

Dah pilih watak tu biasa lah ikuti lah Claptrap yang akan mengenalkan intro kepada kita. Sambil itu, kami berpeluang untuk memilih pakaian dan warna varian yang anda perlukan untuk watak anda. Sebelum ini kami ada beritahu yang kita boleh berlari sambil meleret ke bawah apa-apa penghadang, iya itu sememangnya betul! Kita juga boleh memanjat menggunakan tangga atau lompat dari bucu kabin untuk ke kawasan yang tinggi.

Masa awal-awal ini kami sempatlah mengalahkan Shiv sebab nak selamatkan Claptrap. Anda boleh lihat gameplay pertama kami dibawah. Selepas itu, barulah bermula perjalanan segala misi yang perlu diselesaikan.

Jom usha gameplay awal kami disini;

Perjalanan Permainan

Walaubagaimanapun, ini bukanlah keseluruhan Pandora. Pandora hanyalah sebahagian dari dunia Borderlands 3 dan ada lagi peta yang dipecahkan antaranya adalah Promethea dan Athenas. Kami meneruskan perjalanan dalam kapal angkasa untuk ke lokasi seterusnya. Lilith sebagai ketua, anda perlulah teruskan perjalanan mengikuti segala arahan misinya.

Setiap rantau mungkin besar, tetapi aktiviti yang ditempatkan di dalamnya tidak dapat diramal. Mereka sering melibatkan pengumpulan barang-barang atau mengalahkan musuh tertentu yang ditempatkan di sebelah lain peta, biasanya bos spout mengetuk satu lapisan pada anda. Walaupun mereka kekurangan imaginasi, pelbagai senjata api yang anda perolehi dan bereksperimen dengan memastikan kebanyakan pertemuan cukup bervariasi untuk terus menarik. Nak cari senjata kegemaran tu~ Jangan tanya kenapalah susah sebab banyak sangat kan!

Okay nak tahu serba sedikit pasa senjata api? Senjata api kini mempunyai mod api alternatif, membolehkan lebih banyak fleksibiliti dan kemungkinan konfigurasi! Pistol mempunyai pelbagai lampiran yang biasa, jadi mana-mana satu senjata memang berbeza dari yang lain. Terdapat lebih banyak lagi jenis dengan ciri unik mereka. Peralatan datang dengan skor item mereka sendiri, hanya untuk sedikit lebih membantu dalam menentukan apa yang harus digunakan atau hanya sampah sahaja. Mesin layan diri juga boleh membuat kita membeli antara pelbagai jenis senjata dan juga peluru.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh spawn kenderaan dimana-mana yang terdapat mesin spawn kenderaan Catch-a-ride. Kenderaan terdapat banyak jenis,seperti Outrunner dan Cyclone yang juga berviarasai pengunaan serta senjatanya. Masa tengah bawa kereta pun, berselerak musuh yang sering mengangu kita, jadi kita boleh menukar-nukar bahagaian kududukan pemandu untuk menggunakan senjata yang berbeza. Dalam Co-op, lagi mudah untuk menggunakan variasi ini.

 

Jadi siapa yang menjadi punca awal masalah dan musuh dalam Borderlands 3 ini? Jawapanya adalah Calypso Twins! Mereka berdua adalah antagonis utama yang mengetuai Children of the Vault! Mereka ini ibarat streamers, setiap pembuatan mereka akan dirakam secara lansung seperti didalam Youtube dan Twitch, siap suruh “Like, subscribe and obey”! Tyreen Calypso adalah salah satu daripada enam Siren, sekumpulan orang yang mempunyai kuasa luar biasa. Troy adalah keanehan dalam siri ini, kerana dia adalah seorang lelaki Siren, satu-satunya yang diketahui pernah wujud. Kuasa Sirennya terbantut kerana dia berkembang sebagai kembar parasit.

Jangan risau, untuk meneruskan misi dalam Borderlans 3 memang panjang lagi! Lawan bosses tidak mudah, dan makin jauh perjalanan makin ramai Children of the Vault dan segala raksasa pelik yang macam anjing, singa helang semuanya akan menyusahkan kita. Terdapat juga beberapa watak pratagonis lain yang kami jumpa. Senang cerita nak hidup? Nak siapkan misi? Pastikan peluru dan senjata anda cukup untu teruskan perjalanan!

 

Kesimpulanya

Selagi tidak berpuas hati jangan berhenti bermain! Sama seperti sekuel yang lalu, perjuangan anda memang lambat nak berakhir dan teruskan sahaja segala misi anda dengan kerelaan anda! Jangan risau, sekali anda main, memang tersa memuaskan dan sentiasa ketagihan terutama dalam pemilihan senjata, membunuh dan menjadi ‘badass vault hunters!’

Kualiti hidup berubah memastikan segala-galanya terasa sempurna untuk generasi baru, dengan kawalan licin yang hampir sama dan visual memuaskan yang menyambut anda dengan setiap planet baru. Cuma lakonan jalan cerita tu~ kureng sedikit. Di sini berharap ekspansi yang akan datang hanya akan membuat perkara yang lebih baik.

Sekiranya anda penggemar lama permainan ini, ianya akan menggembirakan anda dalam semua aspek termasuk letupan gila, dan watak-watak kegemaran anda yang datang. Sama ada di konsol, di Epic Store, atau hanya menunggu eksklusiviti masa untuk berakhir, Borderlands 3 sentiasa menunggu anda! Jadi apa lagi? Dapatkan Borderlands 3 dijamin memuaskan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Borderlands 3

9 Score

Korang memang peminat Borderlands 3? Jangan risau, Borderlands 3 masih macam yang lama kerana sentiasa mempunyai misi yang memuaskan! Korang memang kena beli lah game ini!

PROS

  • Grafik makin maju
  • Misi memuaskan
  • Dunia ternyata luas!

CONS

  • Terlalu banyak senjata sampai tak tahu nak pilih yang mana
  • Cara berborak agak kaku. Mungkin boleh menjadikan lebih spontan

Review Breakdown

  • Puas hati weh!! Beli jangan tak beli! 0
Tags: 2kBorderlands 3Borderlands 3 reviewGame ReviewGame Review: Borderlands 3review
Previous Post

Penerbit Siri Mega Man Berbincang Berkenaan Konsep Pembangunan Mega Man X DiVE

Next Post

Segalanya yang GEMPAK dalam Destiny 2 Edisi PERCUMA New Light!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Segalanya yang GEMPAK dalam Destiny 2 Edisi PERCUMA New Light!

Segalanya yang GEMPAK dalam Destiny 2 Edisi PERCUMA New Light!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd