Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Terima kasih pembaca & penonton! – Harapan Gamer Santai untuk 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 28, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Filem, Game, Industri, Review, Teknologi, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Terima kasih pembaca & penonton! – Harapan Gamer Santai untuk 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 secara rasminya akan tamat dalam beberapa hari lagi dan memandangkan tahun baru semakin hampir, kami di Gamer Santai (GS) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca kerana terus menyokong kita hingga ke hari ini! Tanpa sokongan anda, kita tidak mungkin dapat melakukan banyak perkara hebat pada tahun ini seperti membuat ulasan untuk game AAA, menemu bual orang-orang hebat daripada industri, menyertai acara ACG besar dan banyak lagi.

Selain daripada menjadi pusat untuk membaca berita terkini, kami juga ingin memainkan peranan yang lebih aktif bersama pembaca sekalian di dalam industri gaming/media hiburan. Jadi untuk memberi sedikit kelainan berbanding tahun lepas, ‘mesej’ saya kali ini adalah untuk menjelaskan harapan dan cita-cita kami bagi tahun akan datang untuk sama-sama maju bersama para pembaca.

Jadi tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah harapan kami untuk tahun 2023!

gamersantai.com

Menggandakan liputan topik termasuk gaming, anime dan industri

Pertama sekali, kami berharap untuk menggandakan liputan mengenai pelbagai topik tidak kira berita gaming, anime/manga, tempatan dan antarabangsa. Sepanjang tahun ini, kami bermain dan mengulas banyak game hebat termasuk Elden Ring, God of War Ragnarok, dan lain-lain. Malah, dapat juga menguji produk terkini daripada jenama besar seperti Razer, ASUS ROG, Apple, dan Acer Predator.

Moga-moga, kita dapat lebih banyak peluang untuk melakukan hands-on/preview eksklusif untuk game akan datang termasuk Hogwarts Legacy, The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, Star Wars Jedi: Survivor, Final Fantasy 16 dan Marvel’s Spider-Man 2.

Seperti yang kami janjikan, inilah review kami untuk God of War Ragnarok! Memang 10/10 gais, setiap pemilik PS4/PS5 wajib cuba 🙌#GodOfWarRagnarok #PS5 #gamereview https://t.co/a8eO183UGs

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) November 3, 2022

Selain itu, kami telah menemu ramah ramai studio global, artis, syarikat, dan tokoh-tokoh penting untuk belajar serba sedikit tentang projek semasa, latar belakang tentang sesuatu judul, atau pengalaman sepanjang kerjaya mereka. Ini termasuk berita eksklusif tentang pembuatan Final Fantasy 7: Crisis Core, perkembangan francais Persona, dan proses melakonkan watak yang terkenal di seluruh dunia.

Testsuya Nomura sendiri jawab soalan kami tentang Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion! Buat peminat Final Fantasy, kalau korang nak tahu info lanjut tentang prekuel FF7, inilah tempatnya 😉#crisiscorefinalfantasyviireunion #FF7 https://t.co/Cgyvhy6Vyf

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) November 23, 2022

Kami hargai peluang untuk bertemu mereka kerana maklumat seperti ini tidak akan dikongsi dalam berita “umum”, jadi kita gembira dapat menyampaikan info eksklusif ini bersama semua pembaca.

Buat pembaca yang sentiasa bersama kami, anda pasti tahu kami menumpukan banyak perhatian pada berita gaming, terutamanya anime; tetapi untuk tahun 2023, kami ingin meneroka lebih banyak topik yang jarang disentuh seperti filem dan siri televisyen yang sendiri merangkumi beribu-ribu tajuk. Bukan setakat itu sahaja, berita anime kami juga cenderung kepada “bahan mainstream” tetapi inilah masanya untuk berubah di mana kita bermatlamat ingin melaporkan tentang genre atau anime yang kurang kenali.

Secara perlahan-lahan, perubahan ini sudah dilaksanakan sejak hujung tahun 2022 dan ternyata ramai di antara kamu yang suka dengan berita filem kami. Adakah kami akan meneruskan usaha ini? YA!

Semua orang ingin tahu berita terkini atau perspektif/kebenaran tentang sesuatu topik. Di sini, kami mengharapkan artikel atau info yang ditulis dapat memberi jawapan yang anda cari atau menjelaskan perspektif yang sebelum ini ramai tidak tahu. Melalui artikel ini jugalah, kami dapat mengetahui reaksi dan pendapat pembaca tentang sesuatu subjek.

Lebih bergiat aktif dalam acara tempatan dan antarabangsa

Tahun 2022 adalah tahun indah bagi acara fizikal selepas pemulihan pandemik. Untuk 2022, Gamer Santai dipilih untuk menjadi rakan kongsi media Anime Festival Asia dan Level UP KL, menghadiri acara antarabangsa seperti Tokyo Game Show dan Thailand Game Show; serta dipilih untuk menjadi salah satu juri di The Game Awards dan SEA Game Awards.

Tokyo Game Show 2022

Banyak acara yang kami sertai tetapi 2023 sepatutnya menjadi tahun yang lebih aktif di mana kami berazam untuk menghadiri lebih banyak acara ACG tempatan untuk meluaskan lagi kesedaran rakyat tentang komuniti ACG.

Komuniti ACG Malaysia telah banyak berkembang sepanjang dekad ini terutamanya selepas pandemik dan menarik perhatian individu untuk berkongsi minat yang sama di satu acara besar. Pertumbuhan luar biasa ini menyebabkan kemasukan yang ramai ke acara seperti Comic Fiesta, Animangaki, dan Nijigen yang ditubuhkan untuk membantu memberi kesedaran sambil menyediakan platform bagi komuniti ACG mempamerkan dan meneroka bakat mereka.

Anime Festival Asia 2022

Perasaan dapat meluahkan minat anda amat penting dalam mana-mana komuniti gamer, otaku atau cosplayer, dan acara seperti ini membolehkan kita berinteraksi dengan orang yang berkongsi minat sama. Ini juga adalah faktor terbesar untuk menghadiri mana-mana acara ACG dan kami berharap dapat menyertai semuanya.

Mempelbagaikan variasi video

Gamer Santai turut lebih aktif menghasilkan video untuk Facebook, TikTok, Instagram dan YouTube di samping visual infografik untuk maklumat ringkas tapi padat. Bagi 2023, kami ingin menerokai format dan gaya video berbeza untuk memenuhi cita rasa khalayak yang lebih luas serta mencari ‘niche’ sesuai untuk GS. Ini adalah media yang sentiasa berkembang, jadi kami ingin menunjukkan visual yang anda mahu lihat dan suka.

Antara contoh adalah seperti ‘video jenis senarai/ranking’, ‘video yang memaparkan fakta dan trivia’, ‘video berbentuk gameplay eksklusif’, dan ‘sketsa tentang topik lucu’ yang melibatkan lakonan daripada kami.

Kami akan mencuba tetapi tidak tahu pasti cara apa yang paling berkesan jadi kita akan sentiasa bereksperimen hinggalah jumpa apa yang penonton suka.

Merapatkan lagi silaturahim antara GS dan pembaca/penonton

Seperti yang anda dapat baca di atas, semua usaha yang saya sebutkan adalah untuk merapatkan lagi silaturahim antara Gamer Santai dan para pembaca/penonton. Itu merupakan misi utama kami di samping membesarkan lagi jangkauan GS di Malaysia.

Berinteraksi bersama cosplayer tempatan di Comic Fiesta

Kami ingin membina interaksi yang lebih aktif dengan pembaca supaya lebih tahu tentang minat, dan apa yang anda suka baca. Maklumat sentiasa datang dengan cepat dan secara tiba-tiba, jadi kami ingin menjadi yang pertama untuk menyampaikan maklumat itu.

Selain membalas komen, mengadakan sesi Q&A dan undian/poll juga adalah cara menyeronokkan untuk mengenal sesama sendiri dan mengenal pasti apa yang anda semua minat di mana pembaca/penonton dapat menjawab atau berkongsi pendapat kepada soalan yang kami ingin tanya.

Pemenang giveaway kami pada 2022

Dan jika sambutannya meriah, manalah tahu kita akan mencuba livestream. Bermain game paling trending, mencuba board game – tiada yang mustahil dan ini pun memberi kita peluang untuk berhubung terus dengan anda semua secara real-time untuk mudahkan komunikasi.

Kami semua pemalu orangnya, tapi tetap mahu mengenali anda semua, dan juga mahu kamu semua mengenali kami!

Terima kasih semua!

Untuk menamatkan “mesej” ini, saya ingin beritahu satu perkara terakhir.

Ternyata, kamu semua banyak menyokong kami sepanjang tahun 2022 dalam pelbagai cara. Dengan hanya membaca artikel kami, menonton video, menyertai peraduan – itu sudah cukup untuk menggembirakan hati kita. Bagi pihak semua ahli Gamer Santai, saya Razin berterima kasih kepada semua orang kerana sudi bersama kami di perjalanan ini.

Sama-sama kita meraikan kehebatan industri gaming dan media teknologi yang kini memainkan peranan penting di dalam kehidupan semua orang. Dengan memajukan diri bersama kalian semua, kami juga berharap dapat memajukan komuniti ini di Malaysia.

Saya pernah kata sebelum ini – “masih banyak lagi yang perlu kita pelajari, tetapi berkat sokongan dan bantuan anda, kami bersiap sedia untuk menangani lebih banyak cabaran pada masa akan datang. Terima kasih.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 20222023Gamer SantaiGS
Previous Post

Kerana masalah kesihatan pencipta, Hunter x Hunter kembali hiatus!

Next Post

Sword Art Online Full Dive Mendapat Tayangan Umum! Bakal Ditayangkan Pada April 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sword Art Online Full Dive Mendapat Tayangan Umum! Bakal Ditayangkan Pada April 2023!

Sword Art Online Full Dive Mendapat Tayangan Umum! Bakal Ditayangkan Pada April 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd