Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tenmaku Cinema — Manga Terbaru oleh Pencipta Food Wars!

Maira by Maira
April 10, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Komik, Manga
0 0
0
Tenmaku Cinema — Manga Terbaru oleh Pencipta Food Wars!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir empat tahun siri Food Wars tamat di majalah Weekly Shonen Jump. Setelah lama tiada berita, pencipta siri tersebut hadir dengan manga terbaru di majalah tersebut yang bertajuk “Tenmaku Cinema.” Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Jika nak dibandingkan dengan Food Wars, Tenmaku Cinema membawa premis baharu di mana ia melibatkan roh yang sudah mati. Walaupun begitu ia bukanlah sebuah kisah yang seram.

Dalam siri baharu ini, anda akan diperkenalkan dengan Hajime Shinichi seorang yang begitu sukakan filem. Memandangkan dia sering sakit semasa kecil, filem telah menjadi medium untuknya melihat dunia di sebalik dinding hospital. Tetapi suatu hari di sebuah pawagam, dia telah dihantui oleh roh bernama Takihiko Tenmaku.

Sumber: Mangaplus

Tenmaku menghantui Shinichi kerana ingin menyiapkan skrip filem untuk dihantar kepada direktor hebat, Ryu Shirakawa. Malangnya, direktor tersebut telah pun meninggal dunia 20 tahun yang lalu. Kecewa dengan maklumat itu, Tenmaku cuba untuk ke dunia lain tetapi gagal. Pada satu hari dia telah mengikut Shinichi ke sekolah kerana ingin menonton lebih banyak filem.

Sumber: Mangaplus

Lain pula yang jadi, apabila dia ternampak pelakon cilik, Hinaki Kurai yang pergi ke sekolah yang sama dengan Shinichi. Mendapat ilham daripada rupa pelakon itu, Tenmaku telah merasuk Shinichi dan mula menulis skrip untuk dilakonkan oleh Kurai.

Sumber: Mangaplus

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kenalah baca sendiri manga tersebut. Ia boleh dibacakan secara percuma melalui aplikasi dan laman web Mangaplus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MangaplusTenmaku Cinema
ShareTweetSend
Previous Post

Semua filem & siri TV yang diumumkan dalam Star Wars Celebration 2023!

Next Post

Cal Kestis kini tidak berseorangan – Gameplay Star Wars Jedi: Survivor kini tampil lebih hebat!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Cal Kestis kini tidak berseorangan – Gameplay Star Wars Jedi: Survivor kini tampil lebih hebat!

Cal Kestis kini tidak berseorangan - Gameplay Star Wars Jedi: Survivor kini tampil lebih hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd