Bagi mereka yang tidak tahu, beberapa permainan mobile Digimon telah dilancarkan di China tetapi malangnya, ia tidak mendapat sambutan. Kini, pasaran China akan membuat mengalukan pendatang baru apabila Tencent Games mengumumkan 数码 宝贝: 新 世纪 (secara tidak rasmi diterjemahkan sebagai Digimon: New Century)! Digimon New Century adalah mobile RPG yang dikembangkan bersama oleh Qixia Interactive Entertainment dan Bandai Namco Entertainment Shanghai. Akan diterbitkan oleh Tencent, pemain akan mengalami kisah dan dunia baru dalam permainan ini sambil berinteraksi dengan lebih dari 300 Digimon sedia ada.
Pertarungan akan berlangsung secara gaya turn-based dalam pasukan yang terdiri dari 5 Digimon, siap lengkap dengan sistem evolusi penuh. Sekiranya anda menonton siri anime Digimon Adventure 2020 baru-baru ini, beberapa evolusi baru (seperti Togemon ke Ponchomon) juga terdapat dalam permainan ini! Selain itu, ia ada ‘story mode’ di mana peminat boleh bermain melalui peristiwa-peristiwa penting dari siri anime asli Digimon Adventure. Digimon New Century asalnya diumumkan pada tahun 2019 dan dikembangkan selama lebih dari tiga tahun.



Permainan ini pertama kali dilancarkan sebagai beta pada 23 Oktober 2020 dan mempunyai tarikh pelancaran rasmi (hanya di China) pada 13 Oktober 2021. Seperti saya kata di atas, Digimon: New Century sepatutnya diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment Shanghai, namun Tencent membeli hak penerbitan pada Mei 2021. Buat masa ini, Digimon: New Century disahkan secara eksklusif untuk pasaran China. Pihak produksi tidak mengesahkan jika permainan akan dilancarkan di pasaran global, jadi kita hanya mampu menunggu sahaja buat masa ini. Game Digimon untuk mobile? Saya pun teruja dengar. Harap kita akan dapat lebih banyak info tentang permainan dalam masa terdekat! Jika berminat, anda boleh usya halaman permainan di TapTap sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post