Tencent dan pembangun game TiMi Studio Group telah mengeluarkan trailer game baru untuk Honor of Kings: World, open-world ARPG akan datang berdasarkan mobile game popular Honor of Kings, yang diumumkan pertama kali pada Oktober 2021.
Anda boleh lihat trailer tersebut di bawah:
Berdasarkan trailer tersebut, kita dapat lihat visual Honor of Kings: World sangat ceria dengan warna yang berwarna-warni dan cerah, serupa dengan dunia seperti dalam game Genshin Impact dan Tower of Fantasy.

Dalam trailer ini juga menampilkan mekanik game seperti meluncur macam di dalam Fortnite, menunjukkan bos dan banyak lagi. Kita juga dapat meneroka tempat di bawah air seperti yang ditunjukkan di dalam trailer tersebut.

Honor of Kings: World juga akan mempunyai mekanik cangkuk seperti dalam game Halo: Infinite. Jika anda meminati adventure game, sudah pasti mekanik ini sangat penting untuk pengalaman penerokaan yang lebih seronok.

Untuk pertempuran pula kita dapat lihat mekanik lebih kurang seperti di dalam Genshin Impact tetapi lebih unik kerana pemain boleh berubah dan memakai suit.
Berikut adalah info tentang Honor of Kings: World berdasarkan Tencent:

Kuasai pelbagai kuasa hebat semasa anda menjelajah dunia yang luas dan pelbagai kemungkinan. Mulakan perjalanan yang akan memukau mata dan hati anda. Alami keajaiban baru, temui watak yang pelbagai dan tinggalkan jejak anda pada tempat yang telah hancur.
“Hanya peninggalan yang boleh memberi saya jawapan.”
Bersedia untuk memulakan perjalanan anda dalam dunia fantasi yang penuh dengan misteri, keajaiban dan pengembaraan.
Untuk pengetahuan anda, Honor of Kings ialah game pertempuran kompetitif yang dikeluarkan untuk iOS dan Android pada November 2015 di China yang dikenali pada mulanya sebagai League of Kings. Walau bagaimanapun, nama itu ditukar berikutan aduan bahawa nama itu terlalu serupa dengan game kompetitif yang lain iaitu League of Legends.
Di luar negara China, game ini telah dikenali sebagai Arena of Valor. Arena of Valor mempunyai beberapa kolaborasi bersama francais lain, dengan Batman menjadi wira yang boleh dimainkan dalam MOBA tersebut.
Honor of Kings: World akan tersedia untuk pelbagai platform, tetapi tarikh keluaran masih belum diumumkan. Kami akan kemas kini kepada anda selepas mendapat maklumat lebih lanjut. Untuk pelbagai lagi liputan tentang game, anime dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post