Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temu ramah eksklusif OlliOlli World: Membincangkan dunia skateboard gila bersama John Ribbins & Tom Hegarty!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2021
in Artikel, Berita, PC, Platform, PS4, PS5, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Temu ramah eksklusif OlliOlli World: Membincangkan dunia skateboard gila bersama John Ribbins & Tom Hegarty!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengeluarkan gameplay terbaru hari ini, ramai yang tidak sabar untuk mengenali dunia OlliOlli World. Bagi mereka yang tidak tahu, ia adalah permainan action-platformer skateboard baru yang penuh dengan keunikan di mana kita akan merentasi dunia Radlandia dan bertemu dengan pelbagai watak-watak pelik semasa dalam perjalanan. Sempena itu, saya berpeluang menemu ramah John Ribbins –Pengarah Kreatif dan Tom Hegarty –Ketua Pegawai Eksekutif dari Roll7 (pihak yang menghasilkan permainan). Ingin tahu apa yang dibincangkan? Jom selami temu ramah eksklusif ini di mana kita bincangkan tentang OlliOlli World!

Kiri: John Ribbins // Kanan: Tom Hegarty

Pertama sekali, Ribbins menjelaskan bahawa ini secara rasmi adalah permainan OlliOlli yang ketiga. Bukan sahaja sekuel linear, ia adalah sebuah evolusi. Mereka mengambil aspek penting dari dua entri pertama dan mengekalkan ciri-ciri penting, sambil melihat apa yang kekurangan.Mereka menghasilkan OlliOlli World supaya lebih mesra kepada pemain baru dan berusaha untuk memenuhi keperluan peminat lama. Bagi pemain baru, ia penting untuk mereka melihat perubahan permainan dan sebahagian daripada itu adalah dengan menerapkan gaya seni baru.

Satu ciri penting yang memerlukan lebih banyak penjelasan adalah fitur “Play at Your Level“, dan rupanya ia berkait dengan kemajuan linear dalam permainan. OlliOlli World ingin memberi lebih banyak pilihan kepada pemain, dan ia terdiri dari jalan bercabang untuk menyelesaikan setiap level. Setiap laluan ini dihasilkan supaya mudah untuk dinavigasi, jadi anda tidak perlu risau. Sebilangan laluan masih memerlukan sedikit kemahiran, jadi ia lebih baik untuk dedikasi diri menguasai setiap mekanik yang ada dalam permainan. Untuk maju ke peringkat seterusnya, kita tidak dipaksa untuk mengalahkan peringkat sebelum. Kadang-kala anda boleh berpecah daripada laluan utama dan mengalahkan peringkat lain dalam urutan yang berbeza untuk maju.

Disebabkan ini adalah permainan skateboard, sudah tentu kita boleh lakukan banyak trik hebat dalam permainan. Sejauh manakah kebebasan diberi untuk sistem trik di OlliOlli World?Rupanya, Ini adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan jika dibanding dengan permainan sebelum yang mempunyai reka bentuk 2D. Dunia 3D memberi lebih banyak kebebasan kerana mereka dapat memusingkan watak, dan tidak perlu melukis setiap bingkai. Permainan ini jelas mempunyai banyak mekanik khusus, jadi kemampuan untuk memusing watak dalam 3D memberi lebih banyak kebebasan semasa “grinding” dan melakukan trik dengan menggerak analog stick ke arah yang berbeza.

Mereka lebih memberi perhatian kepada mekanik, tetapi bukan pada skala yang keterlaluan, supaya ada banyak lagi perkara yang boleh anda kombo. Untuk pemain baru, sudah tentu ia lebih menarik untuk melakukan pelbagai kombo berbanding mencuba tahap kesukaran yang tinggi. Oleh itu, terdapat banyak lagi perkara untuk pemain baru berseronok semasa mencuba permainan. Untuk memuaskan hati peminat lama, salah satu cabaran terbesar adalah dengan mengekalkan tahap kesukaran. Cara yang paling jelas adalah dengan menawarkan jalan alternatif atau laluan seperti yang kami uji di versi demo. Jika pemain ingin menguji diri sendiri, maka anda boleh memilih jalan alternatif ini di mana gameplay asas akan berubah semakin sukar.

Dengan cara itu, pihak pemaju cuba sedaya upaya untuk memenuhi keinginan peminat lama, sambil memastikan bahawa pemain baru juga dapat menikmati permainan dalam cara yang lebih santai. Walaupun ramai yang menyukai mekanik entri sebelum dalam francais, Roll7 berharap penambahan ini dapat membuang halangan untuk beberapa pemain supaya mereka dapat mencuba permainan mengikut keselesaan diri sendiri. Ribbins dan Hegarty menjelaskan bahawa mereka tidak ingin mencipta pengalaman skateboard di mana kita hanya meluncur dari awal hingga akhir. Sebaliknya, mereka ingin pemain mengembara dengan rakan-rakan, dan menemui pelbagai watak unik sepanjang perjalanan.

“Kami sangat seronok ketika mencipta dunia ini dan watak-wataknya yang pelik, menarik. Dengan mencipta Radlandia, sejenis pulau fantasi di mana semuanya adalah berdasarkan skating, ia memberi kita berkesempatan mencipta pelbagai watak bergaya yang pemain akan temui, seperti watak-watak manusia, katak yang bercakap, dan ikan dalam balang kaca. Ia sangat menyeronokkan, dan memberi banyak perkara menarik untuk kita jumpa di dunia, yang saya rasa dapat meningkatkan pengalaman OlliOlli.” kata Ribbins.

Bagi aspek proses reka cipta Radlandia, ia jelas mereka tidak ingin mereplikasan persekitaran realistik memodelkan dunia sebenar seperti LA (Los Angeles). Dari segi persekitaran, mereka sebenarnya mempunyai banyak lagi idea tentang Radlandia dan tidak semua berjaya masuk dalam permainan. Itulah sebab mengapa Cloverbrook wujud dan bagaimana pokok-pokok gergasi berubah menjadi papan luncur untuk digunakan. Di sebalik setiap flora dan fauna, sentiasa ada alasan atau sebab tentang kewujudannya. Pelbagai perkara pelik akan tercetus dari keseimbangan antara reka bentuk gila dan proses idea untuk memastikan struktur ini masuk akal. Ini memberi pihak pemaju banyak kebebasan untuk menghasilkan seni bina yang unik dalam permainan untuk pemain lihat semasa meluncur.

Perkara akhir yang saya tanyakan dalam temu ramah OlliOlli World ini adalah  “apa peranan empat watak yang menemani kita di dalam permainan?”. Chiffon akan bertindak seperti checkpoint, tetapi apakah peranan watak lain? Ribbins menjelaskan bahawa setiap watak mewakili bahagian yang berbeza dari beberapa elemen. Dengan jelas, Chiffon berperanan sebagai pusat “respawn” dan akan menyelamatkan pemain, peranan Mike adalah untuk memberi kita cabaran, Suze akan mencatat skor tinggi kita dan sebagainya, manakala Dad adalah seperti panduan awal. Setiap watak ini sebenarnya ada kaitan dengan sistem customization, tetapi disebabkan ia tidak ditunjukkan dalam demo, mereka akan menjelaskan lagi pada masa akan datang.

Itu sahaja untuk temu ramah eksklusif kami bersama John Ribbins –Pengarah Kreatif dan Tom Hegarty –Ketua Pegawai Eksekutif dari Roll7 tentang OlliOlli World. Permainan tersebut akan dilancarkan pada hujung tahun ini di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Microsoft Windows, PlayStation 5, Xbox Series X dan Series S. Untuk maklumat lanjut tentang permainan, sila lawat laman web rasmi mereka di sini. Untuk membaca ulasan awal kami bagi OlliOlli World, anda boleh tekan di sini. Sekian, terima kasih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifinterviewJohn RibbinsOlliOlli WorldRoll7Skateboardtemu ramahTom Hegarty
Previous Post

Preview OlliOlli World – Skateboard di dunia kartun dengan penuh gaya!

Next Post

Reka suai Controller Next-Gen dan jadikan milik anda kerana Xbox Design Lab kembali!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Reka suai Controller Next-Gen dan jadikan milik anda kerana Xbox Design Lab kembali!

Reka suai Controller Next-Gen dan jadikan milik anda kerana Xbox Design Lab kembali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd