Game Disgaea yang pertama dilancarkan pada tahun 2003, dan serta merta menjadi popular selepas menerima sambutan positif di pasaran antarabangsa. Sejak itu, francais telah memperkenalkan banyak sekuel, dan spin-off unik termasuk Disgaea RPG yang dihasilkan eksklusif untuk peranti iOS dan Android. Telah tersedia di Jepun sejak Mac 2019, Disgaea RPG akhirnya membuat debut global pada tahun ini dan sempena itu, kami di Gamer Santai berjaya mengadakan temu ramah bersama presiden Nippon Ichi Software – Sohei Niikawa tentang hala tuju francais dan dan rancangan mereka untuk Disgaea RPG pada masa akan datang!

Mengapa Disgaea RPG menggunakan sistem “active-time turn-based RPG”, dan bukannya sistem strategi RPG seperti dalam entri utama? Ada apa-apa sebab tertentu?
Disgaea RPG adalah game mobile, dan saya rasa apa yang membuatkan seronok bermain siri Disgaea adalah perkembangan watak. Entri lama mempunyai banyak elemen RPG di dalamnya, memandangkan genre adalah SRPG. Oleh itu, semasa proses pembangunan Disgaea RPG, kami memfokuskan pada pengalaman mobile dan sistem kawalan sentuh unik untuk menghasilkan versi RPG pertama [kami] untuk Disgaea. Kami berharap peminat tidak risau kerana keseronokan tidak akan berubah.
Bolehkah kita mengharapkan Disgaea RPG melakukan crossover dengan IP lain pada masa akan datang?
Sebenarnya, kami sudah mengadakan acara kolaborasi dengan beberapa IP terkenal dalam versi Jepun, termasuk IP bukan Disgaea dari studio lain. Kami akan sentiasa mendengar kata komuniti dan mencari lebih banyak peluang unik untuk bekerja dengan studio lain pada masa akan datang!

Terdapat satu setting mekanik yang cukup mengagumkan dalam siri Disgaea, di mana watak-watak dapat ditingkatkan hingga Lv.9999. Perkara ini mengejutkan ramai pemain baru, jadi ada panduan atau petua yang membantu untuk mereka?
Mekanik Lv.9999 dan melakukan damage yang terlampau tinggi adalah salah satu bahagian paling menarik dalam siri Disgaea, jadi pemain dapat membentuk watak dalam apa-apa cara yang mereka mahukan. Ada satu petua untuk “leveling” iaitu kegigihan akan dibalas dengan ganjaran. Anda hanya perlu fokus pada watak tercinta setiap hari dan suatu hari nanti, anda akan mencapai matlamat.
Adakah watak-watak asli akan dikeluarkan tidak lama lagi?
Ya, kami sedang menghasilkan beberapa watak asli, dan merancang untuk mempamerkan mereka dalam kemas kini seterusnya. Kebanyakan akan diumumkan semasa acara cerita biasa. Selain itu, kita dapat melihat watak-watak asli ini menjadi sebahagian daripada kisah “Main Story Chapter 2” dan “Raid Event”.

Adakah permainan akan menerapkan unsur gameplay klasik diinspirasikan oleh permainan lama dalam francais?
Dalam Disgaea RPG, kami membawa banyak elemen klasik dari siri. Berdasarkan fitur-fitur ini, kami masih berusaha menambahkan lebih banyak elemen kepada permainan. Sistem permainan bukan sahaja memiliki unsur nostalgia daripada siri, malah kami juga berusaha untuk memastikan peminat lama dan pemain baru dapat menikmati keseronokan bermain Disgaea RPG. Oleh itu, nikmati RPG kami paling “jahat”, Disgaea RPG!
Oleh kerana tarikh pelancaran amat berbeza, sudah tentu kandungan pun akan berlainan. Bagaimana anda menentukan jadual kemaskini dan sebagainya?
Oleh kerana Disgaea RPG mempunyai tarikh pelancaran yang berbeza, kami melakukan beberapa perubahan agar sesuai dengan gaya permainan dan cadangan dari pemain. Buat masa ini, kami akan berusaha membuat kemas kini dalam 1 hingga 2 bulan, dan menambahkan acara baru setiap minggu supaya pemain dapat menikmati lebih banyak kisah dari siri Disgaea. Jangan ketinggalan acara-acara ini!

Bagaimana pasukan mengubah suai bab keseimbangan, supaya pemain F2P (Free-to-Play) dapat menikmati permainan seperti pemain P2W (Pay-to-Win)?
Reka bentuk Disgaea RPG mengikut versi Jepun, jadi kebanyakan masa bab keseimbangan adalah berdasarkan pada “berapa banyak masa yang dihabiskan oleh pemain untuk menyelesaikan level tersebut.” Kami juga berpendapat bahawa semua pemain menghabiskan masa yang berbeza untuk permainan, jadi beberapa ganjaran khas juga disediakan, supaya pemain mempunyai pengalaman yang baik dalam Disgaea RPG sambil meningkatkan watak tercinta!
Itu sahaja untuk temu ramah kami bersama Presiden Nippon Ichi Software – Sohei Niikawa tentang Disgaea RPG! Jika berminat, jangan lupa untuk memuat turun Disgaea RPG sekarang di iOS atau Android. Jika anda lebih berminat untuk bermain entri utama, Disgaea 6: Defiance of Destiny juga sudah dilancarkan secara eksklusif di Nintendo Switch.
Untuk baca segala temu ramah eksklusif kami bersama tokoh-tokoh terkenal dalam industri gaming, sila tekan pautan ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post