Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temu ramah eksklusif: Inti pati Legend of Mana Remastered didedahkan bersama Masaru Oyamada!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2021
in Artikel, Berita, Eksklusif, JPRG, Nintendo Switch, PC, PS4, Temuramah, Xbox One
0 0
0
Temu ramah eksklusif: Inti pati Legend of Mana Remastered didedahkan bersama Masaru Oyamada!
Share on FacebookShare on Twitter

Legend of Mana asalnya dikeluarkan pada tahun 1999 untuk pelantar PlayStation, tetapi seperti yang anda semua tahu, Square Enix telah mengumumkan sebuah versi “Remastered” yang akan dikeluarkan untuk konsol Nintendo Switch, PS4, dan PC. Dengan visual 2D yang lebih lawa dan penambahan beberapa fitur yang tidak ada di versi asli, saya yakin ramai nak tahu apa lagi yang ada dalam permainan. Di sini, kami berpeluang untuk berbincang dengan produser Legend of Mana, Encik Masaru Oyamada dan berikut adalah hasil temu ramah kami untuk Legend of Mana Remastered!

Masaru Oyamada

Betapa “kanon” kah kisah ini dalam garis masa siri Mana, memandangkan ia dianggap sebagai permainan spin-off?

Masashi Oyamada: Judul ini adalah permainan keempat dalam siri Mana. Kisah ini tidak berkaitan dengan judul bernombor lain, tetapi pasukan pemaju telah memasukkan unsur dan kandungan yang pasti adalah lebih menyeronokkan, jika anda telah memainkan siri lain. Harap maklum, siri Mana biasanya tidak berkaitan dengan permainan Mana yang lain.

Selepas membuat remake 3D/lakonan suara untuk permainan lain dalam siri utama, mengapa “hanya” sebuah remaster untuk Legend of Mana? Apa yang akan anda lakukan untuk sebuah remake?

Oyamada: Oleh kerana ini adalah permainan yang sangat bebas dan kaya dengan kandungan, ia sukar untuk membuat pilihan sebagai pemaju, atau peminat. Dalam kedua-dua kes, tidak ada pertimbangan yang sangat besar untuk sebuah remake melainkan kalau kita dapat mencari cara untuk menampilkan rasa unik LoM secara grafik.

Apa yang mempengaruhi keputusan untuk membuat remaster bagi permainan ini?

Oyamada: Sebagai produser siri ini, kita ada misi untuk menghasilkan sebanyak mana mungkin permainan yang tersedia supaya ia dinikmati di mesin dan konsol moden. Tetapi kerana Legend of Mana yang asli hanya dilancarkan di Jepun dan Amerika Utara, salah satu keinginan utama kami adalah untuk menjadikan permainan ini tersedia di seluruh dunia secepat mungkin.

Terdapat pilihan, dengan hanya “mem-port” permainan asli, tetapi kekasaran grafik yang ketara memang tidak dapat dielakkan menggunakan monitor definisi tinggi semasa. Permainan ini dinilai sangat tinggi untuk pemandangan atau dunia ala-ala buku bergambar dan grafik yang cantik pada masa itu. Oleh itu, HD remaster ini adalah pilihan supaya pemain di permainan asli dapat merasa sesuai, dan juga memberikan suasana unik di Legend of Mana asli kepada pemain baru.

Bagaimana proses remaster? Bagaimana kesukarannya, memandangkan ini adalah permainan lama?

Oyamada: “Remastering” mungkin dilihat sebagai prosedur “porting” yang mudah, tetapi jika dibandingkan dengan karya aslinya, saya sebenarnya berpendapat ia lebih mencabar daripada membuat sesuatu yang baru. Saya secara peribadi menganggap ini adalah permainan yang paling sukar pada masa dulu kerana saya sudah tahu bahawa semangat peminat asli sangat tinggi terhadap permainan ini.

Kesukaran terbesar adalah, kenyataannya bahawa, kenangan nostalgia dalam pengalaman bermain permainan dikagumi terutamanya jika ia menyeronokkan. Kami cuba berhati-hati agar tidak menimbulkan konflik visi antara kenangan indah dan resolusi tinggi sebuah remaster pada pandangan pertama.

Sesuatu yang anda pelajari semasa proses tersebut?

Oyamada: Kami memulakan dengan menyelidik data pembangunan pada masa itu dan ada saat-saat ketika saya lupa tentang masa dengan mencari banyak tetapan dan data yang pasti menarik untuk dilihat. Melalui catatan peribadi dan catatan perbualan, saya juga dapat menggambarkan semangat muda pemaju yang kini menjadi orang penting dalam permainan besar ini yang pasti mendorong motivasi saya.

Adakah bonus rahsia masih ada? (Chocobo Racing, bonus save data FF8)

Oyamada: Segala kandungan yang memerlukan data dari permainan lain semuanya boleh diakses dan dimainkan. Dalam permainan ini, Chocobo bukanlah haiwan kesayangan pertama anda, tetapi jangan risau. Ia tidak bermaksud anda tidak boleh menjadikannya sebagai rakan seperjuangan!

Sila jelaskan lebih lanjut mengenai fitur tambahan dalam permainan. Sebagai contoh, fitur kualiti hidup seperti mematikan pertemuan rawak dengan musuh, atau pilihan galeri/runut bunyi?

Oyamada: Sebagai prinsip asas, tujuan utama adalah untuk melaksanakan fungsi yang mudah digunakan untuk memuaskan para pemain dari permainan asli. “Auto save” dan “save anywhere” adalah fungsi untuk memenuhi kemudahan dan permintaan moden.

Tetapi untuk mengelakkan diri tersekat atau terperangkap, harus diperhatikan bahawa ada bahagian peta yang tidak boleh kita “save”. Terdapat tetapan yang mungkin tidak diperlukan untuk pemain baru, tetapi jelas ia merupakan fungsi menarik bagi pengguna yang telah memainkan permainan asli dan/atau untuk pemain yang akan menyelam jauh ke dalam permainan.

Siapa yang membuat keputusan untuk memasukkan susunan runut bunyi baru? Kenapa?

Oyamada: Sebelum memulakan proses “remastering”, muzik aslinya sudah sangat sedap untuk didengar dan rancangan awal adalah untuk menyimpannya. Tetapi seperti yang telah kami sampaikan kepada Puan Yoko Shimomura mengenai inisiasi versi remaster, kami dengan senang hati menerima kehendak untuk manipulasi audio asli.

Sangat mustahil untuk pergi sejauh ini untuk audio bagi sebuah permainan remaster, tetapi untuk memenuhi kehendak Puan Shimomura yang kuat, kami melibatkan pasukan kejuruteraan suara untuk merakam lagu yang disusun dengan indah.

Selain menambahkannya ke remaster, ada perubahan yang anda buat pada Ring Ring Land dan mengapa ia terhad hanya untuk PocketStation?

Oyamada: Tidak ada perubahan kecuali untuk penyesuaian “bug” di paparan. Saya tidak pasti mengapa ia terhad kepada PocketStation pada masa itu. Tetapi apabila memikirkannya semula, membawanya keluar dari rumah untuk bermain bersama rakan dan kemudian pulang ke rumah dan menghubungkannya dengan PlayStation, saya secara peribadi mengingati ini sebagai pengalaman yang menarik.

Melangkah ke hadapan, apa yang anda lihat secara peribadi untuk masa depan siri Mana?

Oyamada: Terdapat begitu banyak emosi dan jangkaan. Saya ingin berusaha untuk mewujudkan status di mana permainan dengan permintaan tinggi dapat dimainkan mengikut standard moden, dan juga berusaha keras untuk membawa anda permainan baru. Saya berharap permainan ini yang kami gemari bermain sejak kanak-kanak akan menjadi permainan yang dapat dinikmati bersama anak-anak kami sendiri.

Siri Mana secara keseluruhan kini berusia 30 tahun sekarang. Mengimbas kembali, apa yang telah anda pelajari?

Oyamada: Siri ini ditempa oleh semangat dan cinta yang kuat dari banyak orang. Bukan hanya oleh pembangun, tetapi emosi dan perasaan pengguna yang kuat, saya merasakan bahawa ini adalah sekuel kerja yang disukai pada skala global. Saya akan bekerja keras agar siri ini dapat disukai selama beberapa dekad yang akan datang.


Itu sahaja untuk temu ramah kami tentang Legend of Mana versi remaster bersama produser Encik Masaru Oyamada! Untuk sesiapa yang ingin membeli permainan, Legend of Mana Remaster akan dilancarkan di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC pada 24 Jun 2021.

Pada masa yang sama, peminat yang masih dahagakan maklumat juga boleh menonton acara siaran langsung istimewa Legend of Mana sempena ulang tahun siri yang ke-30 pada hari Ahad ini. Manalah tahu, mereka ingin umumkan sekuel pula. Saya berharap anda dapat memahami niat pihak pemaju dalam temu ramah eksklusif Legend of Mana ini. Terima kasih kerana membaca! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifinterviewJRPGLegend of Manaremasteredtemu ramah
Previous Post

Bugs Bunny kembali! Game Space Jam: A New Legacy telah didedahkan bersama kolaborasi Xbox!

Next Post

TiMi Studio akan membuka cawangan baru di Amerika Utara untuk hasilkan game AAA IP baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
TiMi Studio akan membuka cawangan baru di Amerika Utara untuk hasilkan game AAA IP baru

TiMi Studio akan membuka cawangan baru di Amerika Utara untuk hasilkan game AAA IP baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd