Pada 7 Februari 2020, para gamers di Malaysia telah menghadapai masalah untuk log-in ke beberapa platform permainan seperti Ubisoft, Epic Games, dan Rockstar Games. Tidak lama kemudian, isu ini dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan Internet fiber terbesar, Telekom Malaysia Berhad (TM).
Kebanyakan gamers yang mempunyai perkhidmatan Unifi tidak boleh log-in ke platform-platoform berkenaan lalu sebuah khabar angin yang mengatakan bahawa ini adalah sekatan daripada pihak TM pun tersebar. Khabar angin tersebut mungkin muncul daripada sebuah perbualan diantara seorang pengguna dan wakil Unifi. Anda boleh lihat screenshot dibawah:
Hari ini, TM menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam masalah ini menerusi tweet di akaun Twitter mereka. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang sekatan terhadap server Ubisoft dan sedang menyiasat perkara berkenaan.
Kami telah menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan akses ke server ubisoft. Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyekat akses ke server terbabit. Kami sedang menyiasat mengenai perkara ini bersama-sama ubisoft dan akan berkongsi maklumat terkini. pic.twitter.com/71ddlNYJVU
— Yunni (@unifi) February 8, 2020
Pengguna lain juga mengadu tentang masalah server di beberapa platform lain. Antaranya Rockstar Games:
rock star social club seems to be problematic to access too . can you check it out ? https://t.co/nbQnhyKPur
— SyedNazrie (@_Kaijuuu) February 8, 2020
Mohon agar semua gamers yang menghadapi masalah ini untuk bersabar. Moga-moga TM bersama-sama dengan Ubisoft boleh menyelesaikan isu berkenaan. Setiap perkembangan akan mereka kongsikan di Twitter rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post