Pengguna Epic Games Store boleh tebus Saints Row: The Third Remastered secara percuma mulai sekarang hingga 2 September jam 11PM! Tanpa apa-apa pengumuman awal, Saints Row: The Third secara mengejut ditambahkan ke barisan permainan percuma Epic Games Store dan kemungkinan besar, ini adalah cara untuk bantu mempromosikan reboot Saints Row akan datang, yang diumumkan di Gamescom Opening Night Live pagi tadi.

Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan tawaran percuma Epic Games Store, anda tidak perlu membayar walaupun satu sen untuk menebus Saints Row 3 ke perpustakaan digital anda. Pengguna hanya perlu membuat akaun, memuat turun Epic Games Store launcher dan tekan butang “Get” selagi masih percuma hingga 2 September. Selepas itu, anda akan simpan permainan ini buat selama-lamanya.
Memandangkan reboot Saints Row akan datang tidak lama lagi, mungkin ada ramai gamer yang ingin membiasakan diri dahulu dengan siri ini. Saints Row: The Third Remastered : The secara umum dianggap sebagai salah satu permainan Saints Row terbaik, jadi anda boleh memahami lebih lagi tentang francais permainan sambil bermain. Harus diperhatikan bahawa hanya Saints Row: The Third sahaja yang percuma. Permainan lain dalam francais masih perlu dibeli.
Gameplay untuk reboot Saints Row juga ditunjukkan secara ringkas di acara Gamescom, sambil memperkenalkan latar belakang dan watak utama. sSelain itu, tidak banyak yang kita tahu. Reboot Saints Row akan dilancarkan pada awal tahun depan, jadi masih ada banyak masa untuk peminat belajar tentang permainan open world ini sebelum ia keluar secara rasmi.
Pada masa yang sama, pengguna Epic Games Store masih boleh menuntut permainan percuma Epic Games Store semasa, iaitu Void Bastards dan Yooka-Laylee. Automachef akan menemani Saints Row: The Third Remastered tidak lama lagi sebagai permainan percuma seterusnya, di mana ia akan ditambahkan pada 26 Ogos 2021.
Sumber – Epic Games Store
@gamersantaimy
Discussion about this post