Baru sahaja tamat semalam, Team Spirit telah memenangi kejohanan The International 12 selepas menewaskan Gaimin Gladiators 3-0 di perlawanan akhir. Kemenangan itu bermaksa Team Spirit telah menjuarai The International sebanyal dua kali, selepas memenangi The International 10 pada 2021.
Illya “Yatoro” Mulyarchuk, Magomed “Collapse” Khalilov, Myroslav “Mira” Kolpakov, dan Yaroslav “Miposhka” Naidenov meraikan kejuaraan TI kedua mereka, setelah menjadi sebahagian daripada roster dalam TI10 manakala Denis “Larl” Sigitov, tambahan terbaru dalam pasukan, mempamerkan bakat luar biasa sepanjang kejohanan, dan terbukti menjadi aset yang bernilai dalam perjalanan mereka.
Grand Finals merupakan pertembungan antara dua pasukan kegemaran. Team Spirit baru sahaja menang besar di Ryiad Masters dan mengalami musim yang mengagumkan. Sebaliknya, Gaimin Gladiators sedang berusaha untuk merebut grand slam selepas memenangi ketiga-tiga DPC Majors.

Perlawanan satu di Finals menyaksikan beberapa pilihan hero luar biasa, di mana kedua-dua Gyrocopter dan Beastmaster dipilih. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pasukan yakin dengan strategi mereka dan tidak perlu bergantung pada hero meta. Walau bagaimanapun, hanya ada satu pemenang sahaja. Beastmaster pilihan Team Spirit terbukti pilihan yang lebih menyerlah daripada Gryocpter dan menewaskan Gaimin Gladiators untuk mendahului 1-0.
Perlawanan kedua menyaksikan pasukan masing-masing kembali kepada hero yang lebih “normal”. Team Spirit memilih Magnus, hero kegemaran yang memainkan peranan besar dalam kejayaan di TI 10. Sekali lagi kombo itu terbukti hebat, dan Spirit mengambil satu lagi kemenangan untuk mendahului 2-0.

Perlawanan ketiga menyaksikan pasukan memilih lebih banyak hero meta yang telah mendominasi TI 12. Spirit memilih CK, Grimstroke, Tusk dan Spirit Breaker, manakala Gaimin mengambil Meurta, hero yang paling dipilih pada kejohanan itu, bersama dengan Pango dan AA. Gaimin mendahului perlawanan sehingga mid game dan nampak seperti akan menang, tetapi selepas beberapa team fight besar, tempo perlawanan beralih ke Team Spirit yang akhirnya menjadi juara TI.
Walaupun prize pool dikurangkan secara besar-besaran berbanding tahun-tahun sebelum, Team Spirit masih memperoleh $1,413,785, Gaimin Gladiators membawa pulang $376,954, LGD Gaming di tempat ketiga mendapat $251,372 dan Azure Ray membawa pulang $172,753 di tempat keempat.
Dapatkan segala berita kami tentang DOTA 2 di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post