Pernah terfikir nak buka kedai trading card game (TCG) sendiri? Dengan TCG Card Shop Simulator, pemain kini boleh merasai keseronokan memiliki dan menguruskan kedai permainan kad tempatan.
Dibangunkan oleh studio indie O.P.Neon Games yang berpangkalan di Malaysia, game ini menawarkan simulasi unik di mana pemain boleh mengisi rak dengan booster pack, menganjurkan acara, dan juga membuka pek untuk mengumpul kad rare. Sama ada anda mahu mengembangkan perniagaan atau sekadar menikmati seni mengumpul kad, game ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan dalam dunia trading card.

Pemain bermula dengan mereka bentuk kedai TCG mereka sendiri. Dari mengatur rak hingga menyusun pek kad dengan cara yang menarik pelanggan, matlamatnya adalah untuk mencipta suasana yang mesra. Lebih lancar pengalaman membeli-belah, lebih besar kemungkinan pelanggan akan kembali, jadi perancangan yang teliti adalah kunci.
Salah satu aspek yang menarik dalam TCG Card Shop Simulator ialah keupayaan untuk membuka booster pack sendiri. Pemain boleh memburu kad rare, sama ada untuk dijual pada harga yang tinggi atau disimpan untuk melengkapkan koleksi mereka.

Pemain juga boleh menganjurkan acara permainan kad di kedai mereka, memilih format, menetapkan bayaran, dan menjemput pemain untuk turut serta. Menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kedai adalah penting, kerana pemain yang gembira akan kembali untuk acara seterusnya. Pemain perlu memantau apa yang popular dalam dunia trading card dan menyesuaikan inventori mereka mengikut keperluan.
Apabila keuntungan meningkat, pemain boleh melaburkan semula dalam kedai mereka dengan memperbesarkan ruang, membuka set kad baru, dan menaik taraf kemudahan.

Sebenarnya berasal daripada dari Selangor, pembangun TCG Card Shop Simulator telah menambah sentuhan lokal dengan memasukkan Ringgit Malaysia sebagai salah satu mata wang dalam permainan.

Walaupun masih dalam Early Access, game ini telah berjaya mencapai lebih 400,000 muat turun, membuktikan populariti game ini semakin meningkat. Pembangun mengucapkan terima kasih kepada komuniti, yang mana maklum balas dan laporan mereka sangat penting dalam membentuk game ini.
Dengan harga hanya RM34.00, anda boleh mendapatkan TCG Card Shop Simulator di Steam sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post