Square Enix dan Luminous Productions mengumumkan bahawa pelancaran untuk game Forspoken ditunda sehingga 11 Oktober melalui Twitter rasminya. Pada asalnya, game tersebut ditetapkan untuk dilancarkan pada 25 Mei ini. Ini mengambil hampir 5 bulan Forspoken ditunda.
Kami telah membuat keputusan untuk mengalihkan tarikh pelancaran Forspoken kepada 11 Oktober 2022. Visi kami untuk IP baharu yang menarik ini adalah untuk menyampaikan dunia permainan dan hero yang membuatkan pemain di seluruh dunia ingin alami selama bertahun-tahun, jadi ia amat penting bagi kami untuk lakukannya dengan betul,” kata Luminous Productions dalam satu kenyataan.
Untuk itu, dalam beberapa bulan akan datang, kami akan menumpukan semua usaha kami untuk menggilap game ini dan tidak sabar untuk anda mengalami perjalanan Frey pada musim luruh ini.
Forspoken akan membawa anda sebuah kisah seorang wanita muda bernama Frey Holland dari New York City yang dihantar ke Athia, dunia mistik dan fantastik di mana dia mesti mencari jalan pulang. Tarikh keluaran asal Forspoken pada 25 Mei telah didedahkan semasa The Game Awards pada bulan Disember lalu. Game ini akan dilancarkan ke platform PS5 dan PC pada bulan Oktober akan datang.

Ia juga akan dilancarkan secara ekslusif untuk PS5 “sekurang-kurangnya 2 tahun.” Tetapi berita gembira untuk pemain PC, ia bukanlah game ekslusif Epic Games Store seperti game Square Enix yang lain seperti Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin yang akan datang, siri Kingdom Hearts dan NEO: The World Ends With You. Anda boleh melihat maklumat mengenai pra tempah Forspoken melalui pautan ini.
Jika anda inginkan liputan lain mengenai Forspoken dari kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post