Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghostbusters: Spirits Unleashed, game ala DBD yang akan keluar tahun ini!

safwan by safwan
March 23, 2022
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Ghostbusters: Spirits Unleashed, game ala DBD yang akan keluar tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Illfonic mengumumkan game 4v1 terbaru mereka iaitu Ghostbusters: Spirits Unleashed yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan S serta PC melalui Epic Games Store secara eksklusif, dan menyokong “cross-platform”.

Game ini merupakan game “family-friendly” dan tidak banyak aksi yang ganas yang boleh dilihat oleh peminat dari semua peringkat umur. Dengan menampilkan AI untuk mengisi kekosongan pasukan Ghostbuster, sepatutnya game ini akan lebih cepat menjumpai perlawanan dan hanya berlangsung tidak lebih dari 10 minit.

Dalam Ghostbusters: Spirits Unleashed, korang akan mengawal salah satu daripada empat Ghostbuster semasa mereka cuba mencari dan menangkap hantu sebelum dia menghantui keseluruhan map. Sebagai Ghostbuster, korang akan membawa senjata “Proton Packs, Particle Throwers, Ghost Traps dan PKE Meter untuk mengesan dan serang hantu.

Walaupun peralatan tradisional Ghostbuster tersedia, banyak senjata lain yang korang buka untuk membuat pasukan yang lebih hebat nanti. Korang boleh “upgrade” peralatan Ghostbuster atau keupayaan hantu, dan terdapat hantu yang mempunyai kebolehan yang berbeza.

Sebagai hantu, objektif korang adalah untuk mengelak dari ditangkap oleh Ghostbuster sambil melengkapkan objektif lain, di mana korang perlu menakutkan orang ramai dan memanggil “minion” untuk membantu menghantui keseluruhan map. Mengelak dari Ghostbuster bukanlah mudah, tetapi dengan kuasa terbang dan “teleport” ke tempat lain boleh memudahkan segalanya.

Trailer untuk Ghostbusters: Spirits Unleashed menunjukkan sekurang-kurangnya empat hantu yang boleh dimainkan, termasuk, Slimer. Game ini juga akan mempunyai beberapa “map’ dan kelengkapan untuk memburu hantu yang belum pernah dilihat oleh peminat.

Ghostbusters: Spirits Unleashed akan dilancarkan pada hujung tahun ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan S serta PC. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Ghostbusters, korang boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCPS4ps5Xbox OneXbox Series X | S
Previous Post

Square Enix bekerjasama dengan Qualcomm untuk hasilkan game untuk cermin mata AR!

Next Post

Pemain Gran Turismo 7 ajar cara untuk grind credit tanpa main game itu!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pemain Gran Turismo 7 ajar cara untuk grind credit tanpa main game itu!

Pemain Gran Turismo 7 ajar cara untuk grind credit tanpa main game itu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd