Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tak sampai setahun aktif, Babylon’s Fall terpaksa tutup servis sebab tidak laku

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5
0 0
0
Tak sampai setahun aktif, Babylon’s Fall terpaksa tutup servis sebab tidak laku
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa baru diumumkan, Babylon’s Fall menerima banyak hype kerana dihasilkan oleh dua nama besar, PlatinumGames dan Square Enix. Selepas dilancarkan, nampaknya segala hype itu seperti sia-sia kerana game itu gagal menarik perhatian pemain. Kini, kita dapat berita bahawa Babylon’s Fall akan menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada 27 Februari 2023.

https://twitter.com/BabylonsFall_EN/status/1569613978866941952

Berikut adalah mesej daripada studio:

“Dengan hasrat untuk menyampaikan RPG aksi online multiplayer yang ditetapkan dalam dunia fantasi tinggi rumit, kami melancarkan servis rasmi permainan [Babylon’s Fall] pada Khamis, 3 Mac 2022, dan terus menjalankan pembangunan dan operasi tambahan.”

“Walau bagaimanapun, dengan dukacita memaklumkan kepada anda bahawa kami akan menamatkan perkhidmatan permainan pada 27 Februari 2023.”

“Hasilnya, kami juga akan membatalkan kemas kini berskala besar yang telah dirancangkan.

Dari segi rancangan hadapan, Season 2 akan berlangsung sehingga Selasa, 29 November 2022, seperti yang dijadualkan, dan Final Season akan bermula dengan penyelenggaraan yang dijadualkan pada hari yang sama.”

Mungkin ada yang keliru dan anggap game hanya akan tamatkan servis multiplayer. Bukan! Selepas tarikh Februari 2023, tiada siapa boleh bermain Babylon’s Fall lagi, tidak kira solo atau multiplayer. Pada masa yang sama, laman web utama Hanging Garden akan ditutup dan semua data gameplay akan dipadamkan.

Pada masa yang sama, jualan mata wang premium digital, Garaz, juga telah digantung sejak pengumuman ini dibuat manakala jualan Premium Battle Pass akan tamat pada 29 November apabila musim terakhir Babylon’s Fall bermula.

Jadi apakah punca sebenar? Sebabnya tidak rumit pun: cuma, tiada siapa yang bermain.

Pada satu ketika di awal tahun ini, hanya seorang pemain sahaja yang log masuk ke Babylon’s Fall versi Steam sedangkan sudah beberapa bulan sejak ia dilancarkan. Pada satu masa lagi, tiada langsung satu pemain pun yang cuba. Oleh itu, pihak pemaju cuba melanjutkan musim kedua untuk menilai semula dan menangani masalah yang berkaitan.

Namun, keputusan akhir adalah Babylon’s Fall terpaksa diberhentikan.

Buat masa ini, game tersebut masih boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC untuk sesiapa sahaja yang berminat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Babylon’s FallPlatinumGamessquare enix
Previous Post

Master Detective Archives: RAIN CODE Akan Tiba di Switch Pada 2023!

Next Post

One Piece Film: Red kalahkan kutipan Jujutsu Kaisen 0 dalam masa sebulan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece Film: Red kalahkan kutipan Jujutsu Kaisen 0 dalam masa sebulan!

One Piece Film: Red kalahkan kutipan Jujutsu Kaisen 0 dalam masa sebulan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd