Berikutan dengan berita pada awal tahun ini, Elon Musk telah membeli Twitter dengan lebih daripada $40 bilion (anggaran lebih RM 189 bilion). Dengan pembelian tersebut, Elon Musk telah mula mengambil alih dan mengawal Twitter.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Elon Musk adalah memecat beberapa orang penting yang berada dalam syarikat itu termasuk Parag Agrawal sebagai CEO, Ned Segal sebagai CFO dan Vijaya Gadde sebagai head policy syarikat. Bukan setakat itu sahaja, ramai pekerja lain pun turut dipecat untuk membina semula pasukan baharu.

Dengan mengambil alih Twitter, Musk kini sedang membuat satu projek besar di mana pengguna perlu membayar sebanyak $4.99 setiap bulan untuk membuka ciri-ciri penting tambahan yang ada pada Twitter. Bukan itu sahaja, dia juga merancang untuk cas pengguna baharu Twitter Blue sebanyak $19.99.
Kepada pengguna Twitter yang mempunyai “checkmark” berwarna biru, mereka mempunyai hanya 90 hari untuk melanggan kembali. Jika tidak melanggan semula, “checkmark” tersebut akan hilang daripada akaun. Melalui Twitter Elon Musk, dia mengatakan yang “Seluruh proses pengesahan sedang dirombak sekarang”.

Pasukan baharu yang membuat projek ini diberi masa sehingga 7 November 2022 untuk menyiapkan segala projek ini atau mereka akan dipecat jika tidak menyelesaikannya. Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter pada minggu lepas, ramai pekerja yang terlibat dengan projek tersebut terpaksa bekerja hingga lewat malam dan hujung minggu.
Kini, jurutera Tesla datang ke Twitter sebagai penasihat juga merancang untuk memberhentikan ramai pekerja lain yang tidak lagi menyumbang kepada membuat kod. Menurut The Verge, perkara ini akan dijangka bermula pada minggu ini dengan pengurus sudah membuat senarai pekerja yang patut diberhentikan.

Apa pendapat anda tentang Elon Musk yang telah mengambil Twitter dan memecat ramai pekerja termasuk orang penting yang berada dalam syarikat tersebut? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post