Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Tak sampai dua bulan, bintang bola sepak Neymar kena ban di Twitch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2020 - Updated on November 13, 2020
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
[UPDATE] Tak sampai dua bulan, bintang bola sepak Neymar kena ban di Twitch!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini maklumat:

Walaupun saya lambat melaporkannya, berkat beberapa info oleh rakan-rakan di ruang komen, ia disahkan bahawa punca Neymar dilarang daripada Twitch adalah kerana melanggar Garis Panduan dan Syarat Perkhidmatan Komuniti Twitch dengan mendedahkan nombor telefon rakan sepasukan antarabangsa, Richarlison. Garis panduan komuniti dengan tegas menyatakan bahawa maklumat peribadi yang berkaitan dengan orang lain, seperti alamat dan nombor telefon, tidak boleh dikongsi semasa siaran langsung.

Neymar secara tidak sengaja melanggar garis panduan pada bulan lepas setelah dia menunjukkan telefon bimbit kepada penonton ketika memanggil Richarlison di mana nombor telefonnya jelas kelihatan. Pemain sayap Everton itu mengatakan dalam tweet bahawa dia menerima lebih daripada 10 ribu mesej hanya dalam lima minit setelah perbuatan Neymar di Twitch.

5 minutos e já tem mais de 10 mil msgs🤦🏽‍♂️ obrigado @neymarjr

— Richarlison Andrade (@richarlison97) October 18, 2020

https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2020/11/Neymar-Jr.-has-been-banned-from-Twitch-after-accidentally-leaking-Richarlisons-number-��������.mp4

Sumber – Instagram Neymar

Artikel asal bersambung di sini:

Salah satu selebriti terbesar di dunia baru sahaja kena ban di Twitch! Striker terkenal untuk pasukan bola sepak Paris Saint-Germain, Neymar Jr, kini tidak dapat membuat sebarang perkhidmatan streaming di Twitch, kerana ban tersebut telah bermula beberapa jam lalu.

Neymar baru-baru ini menyertai Twitch. Dengan cepat, dia menjadi salah satu streamer paling popular di platform. Dengan status ikon, stream-nya dilihat oleh semua peminat, terutama sekali di tempat kelahirannya, Brazil. Namun, ban ini telah dikesan oleh @StreamerBans di Twitter yang baru-baru ini mengemas kini halaman untuk mengumumkan berita yang agak mengejutkan itu.

❌ Twitch Partner "neymarjr" has been banned! ❌https://t.co/dWGHEhHuCO#twitch #ban #firstban #partner #twitchpartner 🇸🇩

— StreamerBans (@StreamerBans) November 9, 2020

Sebab sebenar untuk ban ini belum diketahui, tetapi banyak yang menjangka bahawa ia berlaku kerana Digital Millennium Copyright Act (DMCA). Dengan hanya memainkan muzik semasa stream, halaman Twitch anda boleh diharamkan serta merta. Ini pasti boleh terjadi dengan kes Neymar, walaupun ia hanyalah andaian pada ketika ini.

Ramai yang tertanya jika ban ke atas Neymar akan ditarik semula kerana beliau adalah bintang popular dalam bola sepak. Ini pun menjadi isu selepas peminat dan streamer-streamer lain mengadu tentang isu ketidakkonsistenan Twitch dengan ban untuk content creator yang lebih popular.

https://www.youtube.com/watch?v=BBZxUC2K7bM

Ramai yang telah menikmati kandungan Neymar sejak dia bermula streaming, dan tentu saja, mereka berharap agar dia dibenarkan kembali ke platform. Twitch pun mungkin akan mengalukan kedatangannya semula, kerana ia membawa penonton yang lebih luas di seluruh dunia. Itu sahaja info yang saya ada buat masa sekarang, sehingga kita berjumpa abam Neymar lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BanBrazilNeymarRicharlisonTwitch
Previous Post

Sekuel baru The Dark Pictures: House of Ashes didedahkan bersama trailer!

Next Post

ASUS Malaysia mendedahkan barisan Laptop #Intel11thGen terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ASUS Malaysia mendedahkan barisan Laptop #Intel11thGen terbaru!

ASUS Malaysia mendedahkan barisan Laptop #Intel11thGen terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd