Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tak boleh beza game & dunia sebenar” – Grafik Senua’s Saga: Hellblade 2 terlalu maju!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Pameran/Expo, PC, Xbox Series X|S
0 0
0
“Tak boleh beza game & dunia sebenar” – Grafik Senua’s Saga: Hellblade 2 terlalu maju!
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang tahun lalu, pasukan Ninja Theory agak berahsia tentang pembangunan Senua’s Saga: Hellblade 2, yang bakal dilancarkan di PC dan Xbox Series X/S pada tarikh tidak tentu. Setelah sekian lama menunggu, kita akhirnya dapat melihat perkembangan terkini Hellblade 2 di mana orang ramai puji animasi wajah dan grafik game yang terlalu realistik.

Beberapa bulan sebelum ini, Ninja Theory berjanji untuk memberitahu lebih lanjut tentang sekuel dan nasib baiklah mereka tepati janji. Di GDC 2023, Ninja Theory mendedahkan sebuah video pendek yang mempamerkan adegan animasi pendek oleh Senua lakonan Melina Juergens untuk menunjukkan sejauh mana grafik Hellblade 2 telah maju dari segi realisme.

Seperti yang anda dapat melihat, video ini menampilkan transisi yang lancar antara lakonan sebenar dan model watak in-game, di mana Unreal Engine 5 dan rangka MetaHuman menyediakan animasi dan ekspresi muka yang sangat-sangat terperinci dan autentik – seolah-olah seperti kita masih menonton lakonan sebenar.

Studio kata bahawa sekuel ini “menolak sempadan” sebelum ini, dan ternyata visual yang kita lihat di atas adalah bukti besar kepada kesungguhan pemaju untuk menjayakan game ini. Malangnya, setakat itu sahajalah yang dikongsikan oleh Ninja Theory. Tarikh keluaran tepat dan gameplay rasmi tidak diumumkan tetapi ramai yang kata game ini akan dilancarkan pada 2024.

Bagi mereka yang tidak tahu, Senua’s Saga: Hellblade II merupakan sekuel kepada game Hellblade: Senua’s Sacrifice pada tahun 2017. Game ‘action-adventure fantasi gelap’ ini mengambil inspirasi berat daripada mitologi Norse dan dipuji oleh para pengkritik dan pemain kerana visual yang menakjubkan, naratif unik berkisarkan maslaah kesihatan mental seperti psikosis, dan gameplay penuh aksi.

Ia sungguh hebat hingga pernah menang anugerah ‘Best Audio Design’, ‘Best Performance’ (untuk Melina Juergens) dan ‘Games for Impact’ pada tahun 2017 – jadi saya faham mengapa ramai sangat orang tidak sabar untuk melihat sekuelnya keluar. Namun, tidak banyak yang kita boleh buat selain daripada menunggu.


Senua’s Saga: Hellblade 2 sedang dibangunkan untuk PC dan Xbox Series X/S.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Senua's Saga: Hellblade 2xbox
Previous Post

Voice of Cards Trilogy bersama DLC kini tersedia di PS4, Switch, Steam & mobile!

Next Post

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd