Berita baik untuk semua peminat game Taiko! Ada game Taiko baharu yang telah dilancarkan di mobile! Game tersebut adalah Taiko no Tatsujin RHYTHM CONNECT tetapi game ini hanya tersedia di Jepun, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Macau. Ianya percuma untuk dimainkan pada peranti iOS dan Android.
Terdapat lebih 800 lagu tersedia untuk anda mainkan secara percuma! Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh dapatkan ganjaran percuma dengan hanya menonton iklan.

Cara bermainnya sama sahaja seperti game Taiko yang lain, di mana anda perlu memukul note yang betul pada bahagian drum yang betul. Terdapat empat level yang tersedia iaitu: Easy, Normal, Hard dan Oni. Selalunya bermain secara melintang, tetapi kini anda boleh bermainnya secara menegak, dengan video lagu dimainkan pada bahagian drum.

Bercerita tentang lagu, terdapat banyak kategori lagu yang anda boleh pilih iaitu:
- Pop
- Anime
- Vocaloid
- Classical
- Variety
- Game
- Namco Original
Memandangkan akaun ini menggunakan akaun LINE, anda perlulah menyambung akaun LINE untuk menyimpan data game. Kalau anda ingin bermain sebagai “Guest” sahaja tidak mengapa.

Agak kecewa juga game ini tidak dibawa ke Malaysia. Harap-harap Taiko no Tatsujin RHYTHM CONNECT akan dilancarkan di Malaysia nanti jika ia mendapat sambutan hangat daripada pemain-pemain. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post