Siapa peminat Jujutsu Kaisen di sini pasti tahu mengenai jari sumpahan Sukuna kan? Dalam siri anime dan manga Jujutsu Kaisen oleh Gege Akutami, jari sumpahan Ryōmen Sukuna yang menjadi antara plot utama lagi-lagi pada pratagonis Yuji Itadori dan watak lain yang mencari lebihan jari ini. Nampaknya adakah anda akan menjadi seperti Yuji? Atau menjadi Sukuna? Eh tak tak~ Itu semua gurauan semata-mata! Sebaliknya anda boleh rasa kelazatan apabila makan jari coklat Sukuna ini!

Jari sumpahan Ryomen Sukuna, yang muncul di anime dan manga ini akan mengeluarkan acuan untuk menghasilkan coklat “Jujutsu Kaisen’s Sukuna’s Finger Type” yang akan dijual melalui Premium Bandai dan harganya adalah 3780 yen.

Anda boleh membuat 5 coklat berbentuk jari sukuna dalam satu acuan ini. Diperbuat daripada getah silikon, ia boleh digunakan bukan hanya sebagai acuan coklat tetapi juga sebagai acuan ais. Anda hanya perlu tuangkan coklat cair ke dalam dulang, biarkan sejuk, tidak kiralah guna perasa apa pun, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam, dan poof jadilah coklat yang lazat! Gunakan kacang almond yang tidak dilapisi pada kuku untuk kemasan yang lebih realistik. Acuan itu terdapat dalam kotak kayu yang digayakan seperti bekas yang menyimpan jari Sukuna di anime.

Ryomen Sukuna, atau dipanggil Sukuna sahaja di dalam manga dan anime, adalah roh sumpahan yang kuat yang dikenal sebagai Raja Sumpahan. Penampilannya yang lalu digambarkan sebagai demon dengan empat lengan dan dua wajah. Dia berperanan sebagai salah satu antagonis utama siri Jujutsu Kaisen. Dan sekarang, Sukuna menjadikan badan Yuji Itadori sebagai hos kerana dia yang memakan salah satu jarinya dan dapat hidup dengan kehadirannya dalam diri Yuji.

Pra-pembelian acuan silikon jari sukuna ini nampaknya akan bermula pada 24 September jam 11 malam di Premium Bandai Jepun. Ianya dijadualkan akan dipos bermula Januari 2022. Buat masa ini, masih tiada sebarang kemaskini bahawa produk ini akan dijual melalui Premium Bandai Shopee Malaysia lagi. Jadi macam mana geng? Kalau korang hebat dalam membuat coklat yang manis sedap dan berperisa High Class, jangan lupa beli acuan silikon ini dan buat kawan-kawan korang terkejut makan jari Sukuna ini ok!
Sumber : Mantan-Web
@gamersantaimy
Discussion about this post