Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘System update’ baru untuk PS5/PS4 sudah tiba, ciri VRR bakal diperkenalkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 24, 2022
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
‘System update’ baru untuk PS5/PS4 sudah tiba, ciri VRR bakal diperkenalkan
Share on FacebookShare on Twitter

‘System update’ seterusnya untuk PS5 dan PS4 telah dilancarkan semalam, jadi berikut adalah penjelasan ringkas tentang apa yang Sony telah tambah. Pada masa yang sama, kami juga mendapat maklumat baru tentang ciri Variable Refresh Rate (VRR) untuk PS5 bagi TV dan monitor PC yang serasi dengan HDMI 2.1. Ciri ini akan dikeluarkan dalam beberapa bulan akan datang. 

Ciri baru untuk PS5 dan PS4

Selepas menerima maklum balas daripada peserta beta, Sony memperkenalkan beberapa ciri baru seperti keupayaan untuk mencipta atau menyertai ‘Open Party dan ‘Closed Party’ pada PS5 dan PS4. Di PS5, mereka turut menambahbaik UI pada Game Base dan kad Trofi, serta ciri ‘accessibility’ seperti mono audio untuk headphone.

Khas untuk pemilik PS5 di AS dan UK, mereka dapat menguji ciri Voice Command (Pratonton) yang membolehkan kita untuk mencari dan membuka game, aplikasi dan tetapan, serta mengawal media hanya dengan menggunakan suara sahaja (untuk bahasa Inggeris sahaja ).

Penambahbaikan di PS App dan PS Remote Play

Selain itu, Sony secara beransur-ansur membolehkan pengguna untuk membuat atau menyertai Open/Closed Party melalui PS App. Sama seperti UI di PS5, Sony juga telah mengemas kini UI bagi PS App Game Base untuk memudahkan akses kepada bahagian ‘Friend’, ‘Parties’ dan ‘Message’. Seterusnya, pengguna aplikasi PS Remote Play boleh menggunakan “Dark Mode” berdasarkan tetapan smartphone mereka.

Bakal datang: Sokongan VRR untuk PS5

Sony akhir sekali berkongsi bahawa teknologi Variable Refresh Rate (VRR) akan dikeluarkan untuk PS5 dalam beberapa bulan akan datang. Bagi TV dan monitor PC yang serasi dengan HDMI 2.1, VRR akan ‘sync refresh rate’ dari paparan ke output grafik PS5 supaya dapat meningkatkan prestasi grafik serta meminimumkan/menghapuskan isu visual, termasuk ‘screen tear’ dan ‘frame pacing’ yang perlahan.

Jika semuanya berjalan lancar, game di PS5 sepatutnya terasa lebih lancar dan jelas. Kebanyakan game PS5 yang dikeluarkan sebelum ini boleh dioptimumkan sepenuhnya untuk ciri VRR melalui ‘patch update’ manakala game akan datang dijangkan akan mempunyai sokongan VRR pada hari pertama pelancaran.

Sebagai pilihan tambahan, kita juga boleh menggunakan VRR pada game PS5 yang tidak menyokong ciri. Ini mungkin dapat meningkatkan kualiti visualuntuk sesetengah game tetapi jika ia mengakibatkan sebarang kesan buruk yang tidak dijangka, korang boleh mematikan pilihan ini pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut tentang update di atas, sila baca di blogspot rasmi PlayStation di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS4ps5System updateVRR
Previous Post

Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguh sehingga tahun depan

Next Post

10 manga/manhwa yang peminat inginkan adaptasi anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
10 manga/manhwa yang peminat inginkan adaptasi anime!

10 manga/manhwa yang peminat inginkan adaptasi anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd