Salah satu game remake tahun ini, System Shock telah ditunda ke tarikh baharu. Melalui pengumuman melalui Twitter, System Shock akan dilepaskan pada 30 Mei untuk PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG. Konsol lain seperti PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One pula akan mendapat tarikh lain kemudian.
Kalau anda ingin tahu, game tersebut sepatutnya dilepaskan pada bulan Mac 2023, tetapi nampaknya pembangun mempunyai masalah untuk melepaskannya pada masa yang dijadualkan. Untuk anda yang ingin bermain di konsol lain, nantikan pengumuman terbaru daripada pembangun.

Berikut adalah gambaran untuk game ini:
Berlangsung di stesen angkasa yang terbiar, pemain perlu bertahan hidup dalam persekitaran yang bahaya dan menewaskan SHODAN (Sentient Hyper-Optimized Data Access Network), sebuah AI jahat yang menginginkan kehancuran manusia.
System Shock baharu ini adalah remake sepenuhnya dari versi original 1994 yang hebat, dan menggandingkan gameplay teras kegemaran orang ramai dengan visual HD baru, kawalan yang dikemas kini, interface yang dibaik pulih serta bunyi dan muzik yang di-remaster.
Latar belakang permainan, Citadel Station, kini adalah lebih besar dan lebih menakutkan berbanding sebelum ini dengan kawasan baharu, perangkap, teka-teki dan rahsia untuk dibongkar.

Game remake ini dibangunkan oleh Nightdive Studios dengan kerjasama daripada pasukan pembangun System Shock original. Bukan setakat itu sahaja, pelakon suara AI SHODAN — Terri Brosius — turut sertai pasukan itu untuk memastikan remake itu menghormati legasi game sehingga ke tahap lebih tinggi.

Anda yang masih belum pre-order game ini, bolehlah ke Steam, EGS dan GOG sekarang. Anda boleh mendapatkan salinan System Shock 2: Enhanced Edition secara percuma. Terdapat juga demo yang anda boleh mainkan sebelum membelinya nanti!
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post