Twitter rasmi untuk Pokemon Masters telah mendedahkan bahawa Glacia dan Glalie akan menjadi Sync Pair seterusnya untuk hadir dalam permainan. Acara istimewa bertemakan ais akan bermula pada 14 November jadi saya menjangkakan untuk melihat pasangan baru ini semasa acara ini.
It’s Glacia & Glalie! Stay tuned for their sync pair scout debut coming soon! Which sync pairs would you like to see them team up with? ❄#PokemonMasters pic.twitter.com/13htMwK2Le
— Pokémon Masters EX (@PokemonMasters) November 12, 2019
Glacia membuat kemunculan pertama sebagai ahli Elite Four di Pokemon Ruby dan Sapphire. Dalam remake game itu, Glalie boleh menggunakan Mega Evolve dan perkara ini telah dibawa sehingga ke Pokemon Masters. Mega-Evolve kepada Mega Glalie akan menjadi satu penambahan yang bagus apabila Sync Pair ini tiba dan bakal menyaksikan peningkatan yang drastik ke serangan Speed dan Special Attack.
Terima kasih kepada Gamepress, kami juga tahu lebih lanjut mengenai moveset pasangan terbaru serta Mega-Evolve mereka. Glacia dan Glalie akan menjadi 5-star Sync Pair, walaupun itu adalah perkara biasa untuk mana-mana pasangan baru.
Glalie akan memainkan peranan support dalam mana-mana pasukan kerana mempunyai akses kepada ‘X Regen All‘ yang membolehkan rakan sepasukannya untuk sembuh dari masa ke masa. Selain itu, dia mempunyai satu Move iaitu ‘Attention Here‘ yang bukan sahaja membuat lawan anda menumpukan perhatian kepada Glalie tetapi ia juga akan memberi pokemon sekutu buff Special Attack juga.
Pokemon Master kini boleh didapati di App Store dan Google Play.

@gamersantaimy
Discussion about this post