Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Syarikat induk Garena terpaksa batalkan projek & hentikan pekerja, rugi hampir USD 1 billion!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Syarikat induk Garena terpaksa batalkan projek & hentikan pekerja, rugi hampir USD 1 billion!
Share on FacebookShare on Twitter

Platform streaming “Booyah” telah umum untuk ditutup oleh Sea Ltd., firma induk untuk pemaju dan penerbit game video terkenal Garena – yang uruskan Free Fire, Blackshot, COD Mobile dan lain-lain.

Organisasi itu seterusnya mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan beberapa projek yang masih dalam peringkat perancangan berikutan kerugian besar suku tahunan sebanyak USD $1 bilion. Pada masa yang sama, Sea Ltd. terpaksa memberhentikan beberapa pekerjanya yang dikaitkan dengan unit perniagaan tersebut.

Dengan keputusan untuk menghentikan pekerjanya, aplikasi Booyah! itu juga akan dihentikan dan tidak akan menerima update selepas ini.

Walau bagaimanapun, terdapat seorang pegawai daripada Sea Ltd. menyatakan yang pelarasan ini akan tertumpu kepada “kekuatan jangka masa panjang ekosistem” dan perkara ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam aktiviti yang memberi kesan kepada banyak pekerjaan yang berbeza, menurut laporan di Reuters.

Keputusan ini telah dibuat atas berlakunya beberapa masalah yang dihadapi sepanjang pandemik sehingga mengalami kejatuhan lebih 72% dalam harga sahamnya setakat tahun ini. Tambah pula dengan game Free Fire yang telah diharamkan untuk dimainkan di India pada bulan Februari tahun lalu, ia memang sangat memberi impak yang besar kepada mereka.

Dengan kehilangan pasaran yang begitu besar, mereka telah mengalami kemerosotan sebanyak $16 bilion (anggaran RM72 bilion) selepas larangan daripada negara India dalam masa sehari. Bukan setakat itu sahaja, kedai online Shopee turut menarik diri daripada pasaran Asia Tenggara, Mexico dan Amerika Latin bagi mengurangkan tenaga kerjanya sekali gus menutup platform streaming Booyah!.

Buat masa sekarang, Booyah! masih boleh dilayari dan kami tidak pasti bila mereka akan menghentikannya. Harap, semua orang yang menggunakan platform tersebut dapat menerima berita ini dengan senang dan berpindah ke platform yang lain. Apa pendapat korang tentang perkara yang dilakukan oleh firma induk untuk pemaju dan penerbit game video terkenal Garena iaitu Sea Ltd.? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk dapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free FiregarenaSea Ltd.Shopee
Previous Post

Mount & Blade II: Bannerlord akan lancar 25 Oktober di konsol & PC!

Next Post

Jom Meriahkan Disney+ Hotstar Day 2022 di Sunway Pyramid Minggu Ini! Banyak Aktiviti Hebat Tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jom Meriahkan Disney+ Hotstar Day 2022 di Sunway Pyramid Minggu Ini! Banyak Aktiviti Hebat Tersedia!

Jom Meriahkan Disney+ Hotstar Day 2022 di Sunway Pyramid Minggu Ini! Banyak Aktiviti Hebat Tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd