Selepas lima tahun dilancarkan ke peranti iOS dan Android, game MMORPG Sword Art Online: Integral Factor akan dilancarkan ke PC melalui Steam. Buat masa ini, tarikh pelancaran tidak diumumkan.
Tentang Sword Art Online: Integral Factor
Dibangunkan oleh ASOBIMO,Inc. SAO: Integral Factor telah dilepaskan pada Mac 2018 pada peranti mobile.
Game terbaru Sword Art Online! Tetapi kali ini, protagonisnya… anda!
Anda muncul dalam RPG dalam talian sebagai ahli Assault Team, bekerja dengan pemain lain yang terperangkap untuk sampai ke tingkat ke-100 Aincrad!

Bagaimana jika anda terperangkap dalam game hidup atau mati?
Anda akan alami pertemuan dengan watak-watak yang dikenali dan berhubung dengan penceritaan asal SAO daripada POV anda sendiri.
Alami kisah di sebalik tabir yang tidak pernah ditayangkan dalam SAO asal, dan kisah yang sangat berlainan! Hayati cerita “what-if” di mana anda mempengaruhi Aincrad!

Battle system
Berjuang melalui Aincrad yang luas dengan pasangan anda Koharu yang terperangkap bersama dalam game hidup dan mati ini.
Anda perlu bekerjasama dengan Assault Team dan lawan bersama-sama untuk mengalahkan raksasa dan quest yang sukar! Hasilkan senjata kuat, gunakan kebolehan dengan pelbagai efek, dan mencari kelemahan setiap musuh dan corak serangan adalah semua kunci untuk kejayaan anda!

Kalau anda yang masih belum mencubanya di mobile, bolehlah nantikan pelancaran game ini di Steam nanti. Anda juga boleh lawati laman web rasmi game untuk maklumat lebih lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai SAO daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post