Selepas dibocorkan dalam internet, Bandai Namco akhirnya mengesahkan bahawa Sword Art Online: Alicization Lycoris akan datang ke platform Nintendo Switch pada hujung tahun ini. Sempena pengumuman itu, mereka telah mengeluarkan trailer baru yang menunjukkan rupa game ini di platform Switch. Korang boleh tonton video di bawah:
Berikutan peristiwa siri anime SWORD ART ONLINE Alicization, SWORD ART ONLINE ALICIZATION LYCORIS meneruskan kisah Kirito yang kini di dalam dunia maya yang misteri tetapi amat dikenali iaitu, “Underworld,” di mana A.I. canggih boleh disalah anggap sebagai manusia. Semasa pemain mengawal Kirito, mereka akan mengalami semula adegan yang menyayat hati daripada siri ini melalui pertempuran yang sengit. Watak kegemaran peminat juga akan muncul termasuk Eugeo, Alice, Administrator dan ramai lagi.
Dunia yang luas menanti Kirito dan rakan-rakannya dalam adaptasi setia ini kepada siri Alicization SWORD ART ONLINE.
Penerangan rasmi tentang permainan menurut Bandai Namco.

Jadi apa yang baru atau unik untuk pemilik Nintendo Switch? Korang akan menerima empat update awal “Ancient Apostles” sebagai sebahagian daripada pelancaran, namun masih tidak ada maklumat mengenai DLC lain, seperti Blooming of Matricaria yang diumumkan baru-baru ini.

Berikut adalah gambaran keseluruhan game bagi versi Switch, daripada Bandai Namco:
- Main sebagai watak kegemaran anda dari Alicization arc dan terokai dunia Underworld yang luas buat kali pertama dengan konsol mudah alih.
- Mengandungi kemas kini kandungan percuma “Ancient Apostles”.
- Kandungan percuma dan berbayar tambahan juga akan tersedia dalam kemas kini kemudian.
Buat masa ini, Sword Art Online: Alicization Lycoris versi Nintendo Switch tidak mempunyai tarikh keluaran selain daripada hujung tahun ini, tetapi sekurang-kurangnya korang mempunyai masa untuk bermain Sword Art Online: Hollow Realization dan Sword Art Online: Fatal Bullet, jika mahukan pengalaman SAO yang lengkap.

Untuk segala liputan kami tentang Sword Art Online: Alicization Lycoris termasuk review kami, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post