Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sweet Home Season 3 Akan Datang 19 Julai Di Netflix

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2024
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Sweet Home Season 3 Akan Datang 19 Julai Di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan Season 2 pada Disember 2023, kini ‘Sweet Home‘ akan kembali dengan Season 3 yang bakal ditayangkan pada 19 Julai, hanya di Netflix. Sempena pengumuman ini, Netflix turut mengeluarkan trailer pertama, dan poster yang anda boleh lihat di bawah:

Berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama, Sweet Home ialah siri televisyen seram apokalip Korea Selatan yang dibintangi Song Kang sebagai protagonis, Cha Hyun-su.

Dalam Season 1, Hyun-su berpindah ke kompleks pangsapuri yang dikenali sebagai Green Home. Suatu malam, raksasa yang menakutkan mula muncul dan memusnahkan bandar. Hyun-su dan penduduk-penduduk Green Home terpaksa bersatu dan berjuang menentang ancaman dunia itu.

Kredit: Netflix

Dalam Season 2, mereka yang terselamat dari Green Home kini menerokai dunia luar yang musnah. Pada masa yang sama, kerajaan sedang meneruskan usaha untuk mengkaji raksasa yang menyerang dunia, dengan harapan untuk mencari penawar.

Sweet Home Season 3 akan meneruskan peristiwa sebelum di mana stadium yang dijadikan sebagai rumah selamat telah hancur dan kemunculan ancaman baharu.

Kredit: Netflix

Secara ringkas, pembunuh kontrak misteri Sang-wook (Lee Jin-uk) dan pengikutnya membuat pengumuman mengejut: mangsa yang terselamat dan tidak menunjukkan apa-apa simptom tidak akan menghadapi sekatan dan diberi kebebasan. Ini menimbulkan huru-hara dan kekeliruan di kalangan manusia, kerana tempat perlindungan mereka tidak lagi selamat.

Pada masa yang sama, Eun-yu (Ko Min-si) dan Chan-yeong (Jinyoung) meneruskan perjuangan mereka dalam dunia yang dipenuhi raksasa.

Kredit: Netflix

Di pertengahan trailer, kita juga dapat melihat manusia disedut ke dalam kepompong aneh, yang berkait rapat dengan bangsa “neohuman”, spesies baharu yang boleh mengubah segala dunia.

Sebagai musim terakhir, jangan lupa untuk Sweet Home 3 di Netflix pada 19 Julai 2024.

Kredit: Netflix
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixSweet Home Season 3
ShareTweetSend
Previous Post

Elden Ring Update 1.12 Membawa Pelbagai Perubahan Menarik, Sempena Shadow of the Erdtree

Next Post

Redmi Note 13 Pro 5G Menambah Pilihan “Olive Green”, Harga Promo Bermula RM 1,299!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Redmi Note 13 Pro 5G Menambah Pilihan “Olive Green”, Harga Promo Bermula RM 1,299!

Redmi Note 13 Pro 5G Menambah Pilihan "Olive Green", Harga Promo Bermula RM 1,299!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd