Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Survive sebagai manusia biasa, bukan Goku” – Interview Dragon Ball: The Breakers!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2022
in Anime, Artikel, Asymmetrical, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
“Survive sebagai manusia biasa, bukan Goku” – Interview Dragon Ball: The Breakers!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majoriti game Dragon Ball, orang ramai mungkin sudah terbiasa bermain sebagai Goku, Vegeta dan teman-temannya di mana kita akan menghadapi musuh yang sama hebat seperti Frieza, Cell dan Buu. Namun, game Dragon Ball: The Breakers oleh Bandai Namco nampaknya akan formula ini di mana sejumlah manusia biasa yang digelar Survivor harus bertahan hidup dari serangan Raider yang terdiri dari musuh ikonik daripada siri. Untuk lebih memahami game ini, kami berjaya dapatkan interview dengan Ryosuke Hara (produser) tentang perkara yang boleh kita harapkan nanti dalam Dragon Ball: The Breakers.

Ryosuke Hara

Gabungan idea

Francais game Dragon Ball sentiasa utamakan genre action-adventure fighting. Apakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk menggabungkan Dragon Ball dengan genre asymmetrical?

Hara: Untuk game yang telah dihasilkan pada masa lalu, kami berusaha untuk menyampaikan intipati unik dunia Dragon Ball dalam pelbagai jenis genre. Konsep utama untuk game ini ialah “ketidakseimbangan strategik luar biasa” yang terdapat dalam universe Dragon Ball, dan keseronokan yang datang oleh persaingan yang tidak sepadan. Inilah sebabnya kami memilih untuk membangunkan game aksi asymmetric.

Terdapat banyak lagi perkara dalam dunia Dragon Ball daripada sekadar bertarung; kami berhasrat untuk menyampaikan, kepada pengguna, isi sebenar universe Dragon Ball dengan cara yang unik dan memberikan mereka pengalaman gaming yang serba baharu.

Peristiwa dalam Breakers berlaku di universe Xenoverse. Bagaimanakah ia berhubung dengan plotline untuk DB: Xenoverse dan DB: Heroes memandangkan penjahat boleh memusnahkan dunia sesuka hati?

Hara: Kami merancang untuk mengumumkan butiran yang berkaitan dengan game Xenoverse dalam beberapa hari akan datang. Sila nantikannya!

Image

Manusia normal biasanya tidak mempunyai kuasa tetapi kita boleh menukar sementara kepada watak Z Fighter untuk mengimbangi kesukaran. Bolehkah anda berkongsi butiran lanjut tentang cara pasukan merancang mekanik tahan hidup untuk Survivor?

Hara: Memandangkan kami merasakan bahawa pertempuran adalah elemen penting dalam universe Dragon Ball, kami membangunkan konsep Dragon Change sebagai satu cara bagi Survivor untuk melawan penjahat.

Ini, walau bagaimanapun, dianggap sebagai langkah kecemasan sementara, dan kami telah membangunkan pelbagai skil lain untuk membantu Survivor berlari, menyembunyikan diri dan menghalang Raider. Contohnya termasuk abiliti “Shapeshifting” untuk berubah menjadi objek lain dan “Saiyan Pod Remote”.

[Survivor's Tips]

Even with the Dragon Change, the Raider is still a tough opponent.
Once you transform, it might sometimes be better to get out of the Raider's sight if it can help you survive longer!#DBTB pic.twitter.com/kjT4R4gBfu

— Dragon Ball: The Breakers (@DBTB_EN) December 4, 2021

Kebanyakan game asymmetrical mempunyai 4 pemain dalam satu pasukan. Bukankah 7 Survivor agak terlalu ramai atau adakah ini merujuk kepada 7 Bola Naga?

Hara: Pilihan tujuh orang Survivor merujuk kepada jumlah Dragon Ball. Saiz peta dan kelajuan Raider telah diselaraskan untuk memastikan keseimbangan sempurna dicapai dengan jumlah ini.

Aspek teknikal

Mempunyai Raider atau Z Fighter tertentu dengan set kemahiran yang OP (Overpowered) memang tidak menyeronokkan. Bagaimana anda mengimbangi isu ini?

Hara: Pengimbangan sememangnya penting untuk mana-mana permainan seperti ini di mana pertandingan dalam talian dirancang sebagai bahagian yang mustahak.

Walaupun saya tidak dapat membincangkan terlalu banyak perkara khusus di sini, kami telah memastikan bahawa pengguna kami mempunyai peluang yang sebanyak mungkin untuk memberikan maklum balas dan kami berhasrat untuk terus mengimbangkan game kami pada tahap sebelum dan selepas pengeluaran untuk memastikan ia dioptimumkan sepenuhnya.

Keseimbangan game bukan sahaja dipengaruhi oleh kekuatan relatif dan kemahiran pelbagai pemain Raider, tetapi ia juga bergantung dengan turun naik tindak balas dengan kemahiran pemain sendiri. Sehubungan itu, kami percaya ini adalah game yang akan dijadikan sebagai usaha kerjasama antara pasukan pembangun dan pengguna kami.

Bermain dengan Survivor yang lain memerlukan komunikasi yang betul. Adakah game ini akan menambah ciri voice chat/text chat semasa pelancaran?

Hara: Tiada rancangan untuk melaksanakan ciri in-game voice chat atau text chat dalam game pada masa ini. Komunikasi antara pemain pada asasnya akan tertumpu pada penggunaan ciri pin dan stamp.

Adakah game akan menyokong cross play antara platform yang berbeza?

Tiada rancangan untuk menyokong cross-platform play pada masa ini.

Image

Rancangan untuk masa depan

Banyak game asymmetrical popular seperti Dead by Daylight, Identity V dan lain-lain mempunyai kemas kini tetap supaya pemain sentiasa tertarik. Apakah jenis kemas kini kandungan yang boleh kami jangkakan daripada DB: The Breakers?

Hara: Butiran kemas kini akan diberikan kemudian, tetapi kami merancang untuk melaksanakan langkah-langkah yang akan memastikan pemain sentiasa tertatik dengan permainan dalam jangka masa panjang.

Memandangkan Bandai Namco membuat game yang lebih pelbagai, apakah jenis genre lain yang ingin anda tambah dalam francais Dragon Ball?

Hara: Mengulangi beberapa perkara yang saya nyatakan di atas, falsafah asas kami adalah untuk memilih genre dan gaya gameplay berdasarkan cara terbaik kami dapat menyampaikan universe Dragon Ball. Sehubungan itu, kita mungkin boleh meneroka genre game baharu jika ia boleh menjadi medium untuk menyampaikan semangat itu.


Maka, tamatlah interview Dragon Ball: The Breakers ini, yang bakal hadir ke Nintendo Switch, PS4, Xbox One, Xbox Series X dan PC pada tahun 2022. Untuk maklumat lanjut, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DRAGON BALL: The BreakersinterviewRyosuke Hara
Previous Post

Memperkenalkan Lagu Tema Jian Xia Qing Yuan R oleh Hanxiiaoaii, Priscilla Abby & Haoren!

Next Post

Episod terbaru Demon Slayer antara yang terbaik dalam siri ini! Ada Nezuko Full Demon Form dan Teknik Hinokami Kagura Tanjiro!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Episod terbaru Demon Slayer antara yang terbaik dalam siri ini! Ada Nezuko Full Demon Form dan Teknik Hinokami Kagura Tanjiro!

Episod terbaru Demon Slayer antara yang terbaik dalam siri ini! Ada Nezuko Full Demon Form dan Teknik Hinokami Kagura Tanjiro!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd