Pernah terfikir tidak bagaimana rasanya untuk mempunyai kuasa untuk mengawal dunia ini? Ia bukan setakat kuasa tentera malah segala hubungan politik juga jatuh di tangan anda. Ada satu game simulator terbaru yang melibatkan geopolitik bertajuk SuperPower 3 akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami berpeluang untuk mencubanya lebih awal, jadi kami ingin memberikan pandangan pertama kami mengenainya. Jadi tanpa membuang masa, jom kita teruskan.
Tentang SuperPower 3
Game simulator ini berdasarkan dunia sebenar tetapi tidaklah 100% sama. Tetapi beberapa perincian dan sistemnya agak serupa. Untuk pengetahuan anda ini merupakan entri ketiga untuk siri SuperPower.

Gameplay
Sebelum bermula kepada simulasi politik game ini, kita akan bermula dengan rekaan watak. Antara benda penting semasa mereka watak ialah etnik, bahasa dan agama.
Apabila anda mereka watak, pastikan anda cuba untuk kelihatan hampir sama dengan penduduk anda. Ini akan membolehkan anda kembangkan populasi dengan lebih laju. Selain itu, peta juga akan highlight kawasan yang boleh dikaitkan dengan ciri watak anda. Boleh sahaja kalau anda ingin gunakan watak secara rawak kerana parameter akan memilih negara pilihan yang sesuai.

Anda juga boleh menggunakan mod yang dikongsikan pengguna lain. Malah memberi amaran kepada anda jika mod tersebut boleh menjejaskan kestabilan game.
Untuk mod single-player dan multiplayer, anda boleh memilih untuk menggunakan mod sandbox “Free for all” atau 14 senario lain yang tersedia semasa pelancaran. Dalam mod sandbox, anda boleh memilih mana-mana satu daripada 194 negara yang tersenarai, masing-masing dengan “statistik” permulaan. Untuk peringatan, ini bukanlah game “perang”. Walaupun terdapat pemerintahan tertinggi dengan kuasa ketenteraan, ia masih merupakan simulator geopolitik yang menawarkan jalan yang berbeza untuk menggunakan kuasa.

Untuk solo, kesukaran AI boleh dilaraskan dengan tiga tahap: Rendah, Normal dan Tinggi dan ini terpakai untuk Sandbox dan mana-mana senario. Senario akan mempunyai pilihan negara yang lebih ketat, dengan pihak yang berbeza mempunyai keadaan menang atau gagal masing-masing berserta parameter permulaan mereka sendiri.

Multiplayer pula membenarkan anda memilih untuk bermain Sandbox atau menetapkan senario yang boleh dimainkan, sama ada menganjurkan game sendiri, menyertai lobi lain atau memuatkan game. Anda boleh menetapkan bilangan minimum pemain, membuka lobi ke Internet, LAN, OnlyProgs atau OnlyProgsWithBans. Tetapan terakhir adalah untuk Nuclear Warfare yang boleh ditetapkan kepada No restriction, War Only, Invasion Only atau Never.

Sejujurnya, kami bukanlah peminat simulator dan hanya pemain kasual. Jadi agak susah untuk kami menggarap mekaniknya yang agak kompleks. Ia memakan masa juga untuk memahaminya. Jadi untuk pemain baru, mungkin ia agak membebankan.
Terdapat banyak tooltip, kebanyakannya agak panjang untuk menerangkan potensi kesan di sebalik mengubahnya merentas empat kategori utama: demografi, politik, ekonomi dan ketenteraan. Dengan zoom in peta, ia membolehkan anda melihat ikon kawasan fasiliti seperti: lapangan terbang, pangkalan tentera dan lain-lain.

Sangat mudah untuk mencari negara atau wilayah yang anda perlukan untuk berinteraksi menggunakan kaca pembesar di bahagian bawah sebelah kiri. Anda boleh taip nama tempat yang dicari dan anda akan diarahkan ke sana jika anda belum lagi menjadi pemain Geoguessr pro. Sebaik sahaja anda telah memilih rantau ini, anda boleh mula merancang polisi anda dengan sewajarnya melalui slider dan ciri yang tersedia untuk anda. Statistik umum mereka akan berada di sebelah kanan skrin.
Apapun, terdapat beberapa data penting dalam empat kategori yang anda perlu tahu. Ianya seperti berikut:
- Demografi
- Imigrasi dan emigrasi
- Budaya yang merangkumi Akhbar; anda boleh memilih untuk nasionalisasikan sesuatu, atau menutupnya sama sekali
- Kawalan sokongan berkaitan dengan akses Internet

- Politik
- Membolehkan pilihan raya
- Berkemungkinan membuat pihak lawan menyalahi undang-undang dengan kos kelulusan awam
- Undang-undang dalaman yang boleh dijadikan sah atau haram
- Anda boleh menyemak siapa sekutu anda, dengan siapa anda berperang, atau perjanjian bukan pencerobohan, atau wilayah yang dipertikaikan.

- Ekonomi
- Lihat sektor ekonomi utama, menengah dan tertiari anda serta jumlah untung atau ruginya
- Anda boleh mengklik mana-mana sektor tertentu dan memilih untuk mengubah suai jumlah yang anda melabur, atau berdagang dengan negara lain
- Mengurus belanjawan dan cukai anda

- Ketenteraan
- Memperuntukkan bajet untuk perbelanjaan dan penyelidikan tentera
- Jika anda mahu, anda boleh menetapkan negara yang berpotensi menceroboh

Penutup kata
Senang cerita, ia sebuah game simulator yang bagus. Datanya sangat komprehensif dan cuba untuk menjadi setepat yang mungkin. Bagi kami, ia juga boleh menjadi medium pembelajaran.
Walau bagaimanapun, kami tahu bukan semua orang yang mampu bermainnya. Senario memberikan garis panduan yang baik untuk dituju oleh pemain baru malah boleh menjadi lebih mudah dengan pemilihan tahap kesukaran. Tetapi lebih baik anda bersedia untuk belajar kerana banyak info yang anda akan pelajari dan diingati.

SuperPower 3 akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 8 Oktober ini. Anda yang berminat boleh lawati halaman Steam untuk membelinya.
@gamersantaimy
Discussion about this post