Tahun ini kita diperkenalkan dengan banyak game remaster mahupun remake. Super Mario RPG juga menerima layanan yang sama dengan hadirnya versi remake yang dilancarkan pada bulan November yang lalu. Adakah remake game ini berjaya menarik perhatian kami? Tanpa membuang masa, teruskan baca review kami untuk Super Mario RPG.
Kelihatan sama tetapi lain
Setiap kali kami melihat game atau remake game klasik, kebimbangan utama kami ialah sama ada ia akan mengekalkan keseimbangan antara game asal dan ciri moden baharu yang ditambahkan. Walaupun begitu, Super Mario RPG berfungsi lebih baik daripada apa yang kami fikirkan, dan ia membolehkan peminat dan pemain baharu untuk bermainnya.
Mengenai elemen yang dipelihara daripada game asal, boleh dikatakan hampir semua benda adalah sama. Game RPG ini mempunyai banyak teks dengan ekspresi dan nada yang unik untuk setiap watak. Ia juga penuh dengan jenaka. Bukan setakat itu sahaja, watak-watak juga muncul dalam babak tertentu yang hampir sama dengan game asal.
Jalan cerita utama kekal tidak berubah, anda boleh melihat Bowser menculik Princess Peach dan Mario berusaha menyelamatkannya. Pertempuran, pertemuan dramatik dengan Bowser di istananya dan kemunculan pedang gergasi di langit. Semua elemen ini terungkap dengan rasa yang sama seperti versi lama game.

Sebagai tambahan kepada cerita, gubahan, persembahan dan suasana keseluruhan setiap babak adalah sepenuhnya konsisten. Grafik yang dipertingkatkan menjadikan babak pedang gergasi yang muncul dalam istana lebih berimpak.
Untuk dialognya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, game ini menggunakan ungkapan dan pilihan perkataan yang unik serta mengandungi banyak jenaka. Disebabkan sifat keterlaluan sesetengah kandungan, termasuk jenaka gelap dan jenaka satira khusus era, kami fikir peminat akan menjangkakan beberapa kandungan akan diubah atau dibuang. Jangan risau, kerana semuanya masih lagi dikekalkan.
Sudah tentu, bukan semua perkataan telah dikekalkan seperti dahulu. Salah satu perubahan yang kami sedar adalah semasa tutorial. Namun begitu, semua kandungan telah dihasilkan untuk membawa suasana pada masa itu. Sari kata game juga memberikan penekanan yang ketara pada nada dan suasana. Mereka pada dasarnya tidak berubah menjadikannya pengalaman yang menggembirakan untuk permain yang menyukai versi lama game.

Anda boleh melihat banyak watak berbeza muncul dalam game, termasuk Mario sendiri, ahli parti dan musuh, diambil daripada siri atau dicipta khusus untuk game ini. Salah satu daya tarikan utama watak-watak ini ialah aksi dan ekspresi lucu dan menawan mereka, yang telah dihasilkan semula dengan baik.
Mario sebagai contoh, sering menggunakan aksi pantomim yang dibesar-besarkan, dan adegan di mana dia menerangkan situasi melalui misteri adalah sama pada game asal. Oleh kerana penambahbaikan grafik, aspek ini telah diperkukuhkan lagi, malah ia tidak kelihatan pelik langsung.
Bagi saya secara peribadi, rasanya “mereka telah menjadikannya lebih menyeronokkan!” Sungguh lega melihat Mario, kini dengan pergerakan yang lebih pelbagai, menari dalam game. Melihat animasi baharu ini, akhirnya memberikan kami gambaran yang baik mengenai babak tersebut.

Sistem Enhance yang lebih mudah
Untuk menjadikannya lebih mudah untuk pemain baharu, mereka menukar atau menambah ciri baharu dalam game, salah satunya ialah sistem battle. Dengan penambahan “Action Command”, ia sememangnya memberikan perubahan yang besar pada sistem tersebut. Kalau anda menekan butang pada saat tertentu, ia memberikan damage tambahan kepada musuh atau mencetuskan kesan tambahan.
Kalau anda berjaya melakukan Action Commands dalam battle berturut-turut, ia akan memenuhkan satu gauge dan memberikan buff kepada seluruh pasukan. Tetapi kalau anda gagal, ia akan reset kepada sifar. Muzik battle juga menjadi lebih meriah, memberikan mood yang hebat semasa battle jika anda berjaya lakukan Action Commands dengan baik.

Mario dan pasukan boleh melepaskan kemahiran khas yang dipanggil Triple Move dengan mengumpulkan Action Gauge. Ia bukan sahaja mempunyai animasi khas, malah ia juga mempunyai kesan yang berbeza seperti Star Riders daripada Mario, Mallo dan Geno hanya memberikan damage yang besar. Mario, Peach dan Mallow akan menyembuh dan menghidupkan semula ahli pasukan.

Selain itu, setiap item mempunyai set kuantiti yang boleh dibawa. Item yang sama jenis akan disusun bawah satu kategori. Jika ia melebihi had bawa, secara automatik ia dihantar ke “Storage Box” di rumah Mario. Berbeza dengan game asal, item yang sama tidak boleh disusun malah jika slot penuh, ia akan dibuang secara automatik.
Anda boleh menyemak semula senarai musuh sebaik sahaja anda bertemu dengan mereka dan juga terdapat fungsi auto save. Jadi anda tidak perlu pergi ke save point untuk menyimpan kemajuan game. Anda juga boleh memilih level secara terus daripada peta. Ia sangat berguna apabila anda berada dalam bahaya. Walaupun begitu, anda tidak boleh menggunakannya dalam battle.

Penambahbaikan visual
Kami sangat teruja melihat penambahbaikan yang diberikan kepada visual game ini. Pembangun juga telah menghasilkan beberapa babak kepada animasi. Ia sememangnya menyampaikan beberapa babak dengan begitu baik malah mengekalkan suasana yang sama dalam game asal. Ditambah pula dengan latar belakang, ia membolehkan pemain untuk memahami dunia Mario dengan lebih baik serta memberikan beberapa penemuan berbeza untuk game.
Siri yang baik untuk dimainkan
Super Mario RPG membuat peralihan ke peringkat baharu melalui Switch dengan keseimbangan sempurna antara memelihara bahagian game asal dan penambahan elemen baharu sepenuhnya untuk game moden. Boleh dikatakan bahawa ia sebuah game remake yang baik dalam pasaran.

Tidak kiralah anda pemain baharu ataupun lama, anda boleh nikmati keseronokan yang ditawarkan dalam Super Mario RPG. Kalau anda sudah terbiasa dengan konsep 2D game Mario, mungkin anda akan mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan gaya RPG game ini.
Super Mario RPG sudah tersedia untuk Nintendo Switch. Untuk membawa review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Super Mario RPG
PROS
- Grafik yang baik
- Ciri baharu yang sesuai untuk semua pemain
- Animasi baharu ditambah
CONS
- Jalan cerita yang tetap sama
- Gaya RPG yang mungkin tidak disukai ramai pemain
Discussion about this post