Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB perempuan bawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia!

safwan by safwan
May 12, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB perempuan bawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam telah berlangsungnya perlawanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Sukan Sea Kemboja 2023 dan pasukan perempuan Malaysia telah membawa pulang pingat gangsa untuk negara. Namun, pingat tersebut berkongsi bersama pasukan Vietnam yang telah dikalahkan oleh pasukan Malaysia.

Perlawanan tersebut telah ditetapkan dengan memainkan Bo3 (Best of 3) dan pasukan Malaysia telah mengalahkan pasukan Vietnam dengan skor 2-0. Atas sebab-sebab tertentu, pasukan Malaysia terpaksa berkongsi pingat gangsa dengan pasukan Vietnam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MLBB Esports Official Account (@mlbbesports_official)

Menurut satu komen di Instagram, dia mengatakan yang “Dalam kes Sukan SEA MLBB, menjadi amalan biasa bagi penamat tempat ketiga dan keempat untuk kedua-duanya menerima pingat gangsa. Amalan ini mengakui hakikat bahawa kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang baik dan mencapai tahap kejayaan yang sama dalam pertandingan.”

“Walaupun pasukan tempat ketiga mungkin telah memenangi lebih banyak perlawanan atau mencapai skor yang lebih tinggi secara keseluruhan, perbezaan antara prestasi mereka dan pasukan tempat keempat mungkin tidak cukup ketara untuk menjamin pingat gangsa tunggal. Sebagai mengiktiraf usaha dan dedikasi yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan dalam pertandingan, adalah menjadi kebiasaan untuk menganugerahkan kedua-dua pasukan dengan pingat gangsa.”

“Di samping itu, perkongsian pingat gangsa juga membantu memupuk semangat kesukanan dan kemesraan dalam kalangan atlet. Dengan mengiktiraf pencapaian kedua-dua pasukan, tanpa mengira kedudukan mereka, amalan berkongsi pingat menekankan kepentingan saling menghormati dan mengiktiraf kerja keras dan dedikasi yang dilakukan oleh semua atlet dalam latihan dan pertandingan mereka.”

Kredit: MPL Malaysia

Malang sekali, komen tersebut telah pun di padam. Mungkin kerana telah menerima kecaman yang banyak daripada rakyat Malaysia sebab tidak berpuas hati dengan keputusan pihak penganjur.

Jika menurut komen tersebut, perbezaan diantara prestasi mereka dan pasukan keempat tidak cukup ketara. Tetapi apa yang saya lihat adalah pasukan Malaysia bermain dengan sangat baik dan pasukan Vietnam langsung tidak memberikan sebarang tekanan atau serangan balik. Perlawanan tersebut telah pun menunjukkan prestasi yang sangat berbeza diantara pasukan Malaysia dan Vietnam.

Kredit: MPL Malaysia

Apapun keputusan, tahniah kami ucapkan kepada pasukan MLBB Perempuan kerana telah memenangi pingat gangsa untuk Malaysia. Berikut adalah senarai atlet perempuan untuk MLBB Malaysia:

  • Nurul Effa Fauzana Binti Mohd Fauzi (Fafau) – Gold
  • Vanessa Natasha Abdullah (Bunny) – Exp
  • Hanis Wahidah Binti Mohamad Dashuki (Hannie) – Mid
  • Sharifah Alia Husna Binti Syed Fakrurrozi (Aria) – Roam
  • Wan Nur Adibah Humairah Binti Wan Hamidon (Dibo) – Jungler
  • Nur Afrina Syuhada Ahmad Shaltut (Rosemary) – Substitute
  • Anatasha Binti Norman (Anatasha) – Substitute
  • Kelvin Unting (Rexvinn) – Head Coach
  • Fikri Aiman Bin Mohd Khidzir (Rain) – Assistant Coach
  • Muhammad Farhan Bin Ibrahim (Sora) – Analyst

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaMobile Legends: Bang BangSEA Games 2023Sukan SEA 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Pasukan Valorant Singapura berkongsi pingat emas bersama Indonesia selepas didakwa menggunakan bug dalam Sukan SEA 2023

Next Post

Marvel’s Midnight Suns kini tersedia di Xbox One & PS4 bersama semua DLC

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Marvel’s Midnight Suns kini tersedia di Xbox One & PS4 bersama semua DLC

Marvel's Midnight Suns kini tersedia di Xbox One & PS4 bersama semua DLC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd