Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB lelaki bawa pulang pingat perak untuk Malaysia!

safwan by safwan
May 15, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Mobile, Mobile Game, Tempatan
0 0
0
Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB lelaki bawa pulang pingat perak untuk Malaysia!

Kredit: MPL Malaysia

Share on FacebookShare on Twitter

Semalam telah berlangsungnya perlawanan peringkat akhir (Grand Final) Sukan SEA bagi menentukan siapa yang akan menjadi juara untuk kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) lelaki di mana pasukan Malaysia berlawan dengan pasukan Filipina dan pasukan negara telah membawa pulang pingat perak untuk Malaysia.

Perlawanan untuk peringkat akhir telah ditetapkan dengan memainkan Bo3 (Best of 3) dan pasukan Malaysia telah kalah dengan skor 0-3 kepada pasukan Filipina. Pasukan Malaysia sebenarnya mempunyai beberapa peluang untuk memenangi perlawanan tetapi pasukan lawan nampak sangat kuat dan menggunakan semua kelebihan yang ada untuk memenangi perlawanan ini.

Tambah pula, pasukan Filipina adalah juara bertahan selama dua kali berturut-turut, pasukan lain juga mempunyai cabaran agak sukar untuk memenangi perlawanan jika bertembung dengan pasukan ini dan pasukan Malaysia tidak terkecuali. Dengan kemenangan yang diperolehi mereka semalam, pasukan Filipina menjadi juara bertahan untuk tiga kali berturut-turut.

Kredit: MPL Malaysia

Sebelum pasukan Malaysia layak ke peringkat akhir, mereka telah memenangi semua perlawanan dalam peringkat kumpulan dan berhadapan dengan pasukan Filipina, Vietnam, Laos dan Timor-Leste. Perlawanan peringkat kumpulan menampilkan Bo1 (Best of 1) dan pasukan Malaysia telah mengungguli carta kumpulan dengan skor 4-0.

Setelah tamatnya peringkat kumpulan, terdapat empat pasukan sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir iaitu Malaysia, Kemboja, Myanmar dan Filipina. Pasukan Malaysia telah bertembung dengan pasukan rumah (Kemboja) dan memenangi perlawanan tersebut dengan skor 2-1 sekali gus layak ke peringkat akhir berlawan dengan pasukan Filipina.

Kredit: Mobile Legends Malaysia

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia kerana dapat membawa pulang pingat perak untuk Malaysia dalam saingan Sukan SEA kali ini. Berikut adalah senarai pemain Mobile Legends: Bang Bang:

  • Muhammad Danial Bin Mohamad Fuad (CikuGais) – Gold
  • Idreen Bin Abdul Jamal (Momo) – Exp
  • Mohammad Irwandy Lim (Izanami) – Mid
  • Mohammad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn) – Roam
  • Muhammad Syafizan Najmi bin Kamarulzaman (Garyy) – Jungler
  • Muhammad Nazhan Bin Mohd Nor (Chibii) Substitute
  • Muhammad Arif Bin Abdul Halim (Rippo) – Substitute
  • Khairul Azman bin Mohd Sharif (Pabz) – Head Coach
  • Poon Kok Sing (Ozoraveki) – Assistant Coach
  • Muhammad Hazim Firdaus Bin Ismail (Ajim) – Analyst

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaMobile Legends: Bang BangSukan Sea 32
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Prehistoric Planet Musim 2 – Kembali ke alam dinosaur!

Next Post

[Khabar Angin] Salah Satu IP PlayStation Akan Mendapat Anime, Gravity Rush & Bloodborne Menjadi Pilihan Peminat!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Salah Satu IP PlayStation Akan Mendapat Anime, Gravity Rush & Bloodborne Menjadi Pilihan Peminat!

[Khabar Angin] Salah Satu IP PlayStation Akan Mendapat Anime, Gravity Rush & Bloodborne Menjadi Pilihan Peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd