Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suicide Squad ISEKAI Diumumkan! Anime DC Comic Gandingan Warner Bros. & WIT Studio!

Maira by Maira
July 4, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Suicide Squad ISEKAI Diumumkan! Anime DC Comic Gandingan Warner Bros. & WIT Studio!

© & TM DC © 2023 Warner Bros. Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah banyak khabar angin yang dibualkan dalam komuniti anime, akhirnya kita telah didedahkan dengan anime original yang memaparkan watak-watak daripada DC Comics! Tetapi anime ini tidak membawa watak hero sebagai watak utama tetapi membawa sekumpulan villain kegemaran, Suicide Squad!

Diumumkan semasa Anime Expo 2023, Warner Bros. Japan telah mengumumkan bahawa siri anime Suicide Squad ISEKAI sedang dihasilkan! Kalau anda ingin tahu, anime ini merupakan projek bersama antara Warner Bros. Japan dan WIT Studio, yang bertanggungjawab dalam penghasilan animasi tersebut.

Visual teaser juga telah dilepaskan, memaparkan Harley Quinn yang dilukis oleh Akira Amano, pencipta siri REBORN! Amano juga dikreditkan sebagai pereka draf watak original untuk anime Suicide Squad ISEKAI.

© & TM DC © 2023 Warner Bros. Entertainment

Anime ini akan diarahkan oleh Eri Osada (Jujutsu Kaisen), manakala skrip cerita dihasilkan oleh penulis novel Tappei Nagatsuki (Re:ZERO) dan Eiji Umehara (Vivy Prototype). Naoto Hosoda pula merupakan pereka watak anime dan komposer muzik siri pula dipegang oleh Kenichiro Suehiro (Golden Kamuy)

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai siri tersebut melalui Warner Bros. Japan:

“Harley Quinn, Joker dan The Suicide Squad daripada DC telah masuk ke pentas ISEKAI dalam siri anime original baharu daripada Warner Bros. dan WITS Studio, Suicide Squad ISEKAI. Dunia yang paling gila bertembung dalam fantasu epik dan ganas dengan barisan pencipta anime hebat!”

© & TM DC © 2023 Warner Bros. Entertainment

Tidak sabar untuk menonton siri ini apabila ia keluar nanti. WIT Studio pula memang hebat dalam menghasilkan aksi-aksi pertarungan dalam anime. Jadi memang teruja betul untuk menontonnya! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: suicide squadSuicide Squad ISEKAI
ShareTweetSend
Previous Post

Interview Magic: The Gathering – Konsep & reka bentuk set March of the Machine

Next Post

Solo Leveling Dedahkan Trailer Baharu! Gambaran Lanjut Tentang Watak-watak Dalam Siri!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Solo Leveling Dedahkan Trailer Baharu! Gambaran Lanjut Tentang Watak-watak Dalam Siri!

Solo Leveling Dedahkan Trailer Baharu! Gambaran Lanjut Tentang Watak-watak Dalam Siri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd