Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio Malaysia Lemon Sky Studios akan masuk ke bursa saham tempatan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Tempatan
0 0
0
Studio Malaysia Lemon Sky Studios akan masuk ke bursa saham tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan oleh The Edge Malaysia dan Gamerbraves, Lemon Sky Studios – sebuah studio produksi game dan animasi yang berpangkalan di Malaysia, akan disenaraikan secara terbuka di bursa saham tempatan.

Kredit: Lemon Sky Studios

Mula dilaporkan oleh The Edge Malaysia, mereka menjelaskan bahawa rancangan itu akan dilaksanakan sama ada pada lewat 2023 atau 2024. Selain daripada itu, tidak banyak yang diketahui tentang rancangan studio Malaysia tersebut.

Buat mereka yang tidak tahu, Lemon Sky Studios ialah studio yang menghasilkan seni untuk animasi dan permainan video, yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Syarikat itu terkenal kerana membantu dalam macam-macam projek berprofil besar termasuk Final Fantasy VII Remake, Resident Evil: Resistance, Warcraft III: Reforged, StarCraft: Remastered, Uncharted: The Lost Legacy, Marvel’s Spider-Man, Gear of War 5, Street Fighter 6 dan Final Fantasy XVI yang baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini.

Kredit: Lemon Sky Studios

Studio itu diperolehi oleh iCandy Interactive. sebuah syarikat penerbitan dari Australia, pada tahun 2021, dengan tujuan mengusahakan lebih banyak game jenis Metaverse. Pada masa pemerolehan, studio itu bernilai RM135 juta, tetapi tidak diketahui apakah nilai semasa studio atau saiz Tawaran Awam Awal (IPO) pada masa kini.

Buat masa penulisan, kedua-dua Lemon Sky Studios mahupun iCandy Interactive sendiri tidak memberi komen mengenai laporan The Edge.

Kredit: Lemon Sky Studios

Sekiranya perjanjian itu berjaya dan Lemon Sky Studios disenaraikan di bursa saham tempatan, ini akan menandakan satu langkah besar untuk studio – kerana mereka perlu memikul tanggungmenjawab lebih besar untuk jumlah pemegang saham tertentu dan bukan hanya pemilik mereka, iCandy.

Sumber – Gamerbraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lemon Sky StudiosMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

The Sims 4: Horse Ranch Expansion Pack Bakal Dilancarkan Pada 20 Julai ini!

Next Post

gamescom asia 2023 Umumkan B2C Entertainment Zone Fizikal Buat Kali Pertama, Capcom Juga Turut Serta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
gamescom asia 2023 Umumkan B2C Entertainment Zone Fizikal Buat Kali Pertama, Capcom Juga Turut Serta!

gamescom asia 2023 Umumkan B2C Entertainment Zone Fizikal Buat Kali Pertama, Capcom Juga Turut Serta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd