Senarai game yang tersedia dalam katalog game PS Plus akan sentiasa ditambah setiap bulan. Kali ini, Sony telah mengeluarkan senarai yang ditambah dalam katalog game dan boleh dimainkan bermula 19 Julai 2022 untuk pelanggan PS Plus extra dan Deluxe. Untuk bulan Julai 2022, mereka telah menyediakan banyak game daripada game lama sehingga game baru termasuk Stray.
Mari kita lihat satu per satu game yang boleh dimainkan secara percuma untuk bulan Julai kali ini.
Stray (PS4, PS5)
Stray mengisahkan tentang seekor kucing yang terpisah daripada keluarga dan mencari jalan pulang ke rumahnya. Ia merupakan game adventure di mana pemain akan bermain sebagai kucing dalam pandangan third-person. Game ini terletak ditengah-tengah lorong bercahaya neon di bandar siber yang telah lama dilupakan.
Secara rasmi, game ini akan dikeluarkan pada 19 Julai 2022 dan sekali gus masuk ke dalam katalog game PS Plus.
Marvel’s Avengers (PS4, PS5)
Marvel’s Avengers adalah game action adventure third person yang menggabungkan cerita sinematik dengan bermain sebagai single-player ataupun co-op. Berkumpul menjadi satu pasukan sehingga empat pemain online, kuasai ability setiap watak, ubah suai watak dan pertahankan Bumi daripada ancaman yang semakin mengganas.
Final Fantasy VII Remake Intergrade (PS5)
Ia merupakan remake kepada game asal yang telah dikeluarkan pada tahun 1997. Dalam versi kali ini, mereka mempertingkatkan untuk pengguna PS5. Mereka juga menawarkan immersion dengan controller DualSense dan visual yang telah dipertingkatkan supaya pengembaraan anda akan lebih lancar.
Kepada pengguna PS4, anda tidak perlu risau kerana Final Fantasy VII Remake akan disediakan.
Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak lagi game yang turut tersenarai dan akan tersedia pada 19 Julai 2022 termasuk:

- Assassin’s Creed Unity | PS4
- Assassin’s Creed IV Black Flag | PS4
- Assassin’s Creed Rogue Remastered | PS4
- Assassin’s Creed Freedom Cry | PS4
- Assassin’s Creed: The Ezio Collection | PS4
- Saints Row IV: Re-Elected | PS4
- Saints Row Gat out of Hell | PS4
- Spirit of the North: Enhanced Edition | PS5
- Ice Age: Scrat’s Nutty Adventure | PS4
- Jumanji The Video Game | PS4
- Paw Patrol on a Roll! | PS4
- ReadySet Heroes | PS4

Banyak juga game yang ditambah oleh Sony ke dalam katalog game PS Plus untuk bulan Julai 2022. Kepada pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe, anda boleh bermain kesemua game ini bermula 19 Julai 2022 di PS4 dan juga PS5. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai PS Plus daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post