Stray baru sahaja lancar pada 20 Julai lalu di Steam, dan nampaknya game itu telah memikat hati ramai pemain. Kini, Stray tersebut merupakan game Steam yang paling banyak diberi rating oleh pengguna Steam. Paling dahsyat sekali, ia mampu mengalahkan God of War yang selama ini di tempat pertama dalam rating tersebut.

Melalui Steam250, tak sampai seminggu Stray telah mendapat skor sebanyak 8.61 dengan undian sebanyak 42,655. Manakala God of War pula berada dibawahnya dengan skor 8.56 serta 53,101 undian daripada pemain. Walaupun undian daripada GoW lebih banyak, tetapi disebabkan review positif di Stray lebih banyak, sebab itu ia mampu mengalahkan God of War.

Jika melihat di laman web Steamdb pula, Stray merupakan game yang paling popular dimainkan di Malaysia. Disebabkan MultiVersus tidak dilancarkan di negara kita, itu terus membuatkan Stray game paling hangat di Malaysia. Nampak sangat orang Malaysia suka sangat pada si kucing oyen ini. Tetapi segala-gala benda dalam game ini memang agak sama dengan kucing di dunia sebenar. Ditambah lagi dengan butang khas hanya untuk “meow” jadi memang tidak pelik mengapa ramai yang menyukainya.
Bukan setakat pemain sahaja yang menyukainya, ramai juga yang berkongsikan video di mana kucing peliharaan menonton gameplay Stray. Siap ada kucing yang memberikan reaksi pada skrin game. Memang sebuah game yang sesuai untuk pencinta kucing.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post