NetEase Games adalah salah satu syarikat mobile gaming terbesar dan lawan terdekat Tencent Games. Baru-baru ni diorang tunjukkan strategi diorang untuk memajukan industri eSport dengan game-game terbaru. Selain daripada Knives Out, diorang ada 4 lagi game battle royale yang tengah dibangunkan.
Game pertama dinamakan Operation Windcloud Island, dengan watak MOBA-styled yang boleh dimainkan dengan perlawanan battle-royale. Pemain akan jatuh dari langit sebelum bertempur (macam Jumanji tu). Setiap watak dalam game ada skill unik masing-masing. Cite banyak pun tak guna, korang tengok video dia sendiri:
https://youtu.be/8u_CBZXLID8
Game yang kedua pulak nama dia Island Strikers (Code: Alive). Macam game yang kat atas tu jugak, tapi dibangunkan dengan grafik 2.5D. Cara main dia pun lain gak, pemain kena cari equipment masing-masing kat tempat yang tertentu lepas tu gempur. Dalam keratan video kat bawah ada tunjuk gak permainan squad. Nah:
https://youtu.be/x1O-55zWJ7w
Tapi setakat ni tu je info yang ada. Itupun ehsan daripada MMOCulture. Lagi 2 game tu takde apa-apa cite lagi.
Daripada pengumuman strategi ni, NetEase cakap diorang sanggup tabur duit USD 160,000,000 (duit betul weh, bukan bitcoin ke apa..160 juta dowh) dalam ekosistem eSport diorang untuk mende-mende macam jelajah 100 bandar dan tournament kat 1,000 sekolah. Diorang nak buat inisiatif ni kat Amerika Utara, Eropah dan beberapa bahagian kat Asia.
Selain dari tu, NetEase akan tabur USD 47,000,000 untuk support online streamers dan shoutcasters dalam bentuk latihan dan kontrak tahunan. Inisiatif ni adalah sebahagian daripada “AllStar” projek dengan tujuan untuk mengiktiraf individu dalam eSport.
@gamersantaimy
Discussion about this post