Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Next Fest Sudah Bermula! Ini Game Demo yang Anda Perlu Cuba Sepanjang Acara!

Maira by Maira
June 20, 2023
in Artikel, Berita, Demo, Game, PC, Steam
0 0
0
Steam Next Fest Sudah Bermula! Ini Game Demo yang Anda Perlu Cuba Sepanjang Acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Steam kembali dengan acara terbaharu mereka iaitu Steam Next Fest. Ia akan berlangsung selama seminggu bermula 20 Jun sehingga 27 Jun. Terdapat beratus-ratus demo game yang boleh dicuba sebelum ia dilancarkan. Kami juga ada senaraikan beberapa demo yang seronok untuk dimainkan. Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai demo game terbaik yang anda boleh cuba semasa Steam Next Fest!

Steam Next Fest
Sumber: Steam

Lies of P

Game soulslike yang telah menarik perhatian ramai gamer. Diinspirasikan daripada kisah Pinocchio, Lies of P membawa anda ke sebuah dunia Belle Epoque yang kejam dan gelap.

Little Kitty Big City

Anda suka pada game Stray. Ada satu lagi game indie di mana anda menjadi seekor kucing sesat yang mencari jalan untuk pulang ke rumah. Anda akan meneroka bandar, membuat kawan baharu dan macam-macam lagi!

Wizard with a Gun

Wizard with a Gun merupakan game sandbox survival game yang berlaku di sebuah dunia yang penuh dengan makhluk berbahaya dan misteri. Mulakan perjalanan secara solo atau bersama rakan untuk mengumpul, kraf dan sihir semasa meneroka.

The Invicible

Sebagai seorang saintis berbakat bernama Yasna, anda bersama krew anda telah terhempas di sebuah planet Regis III, yang tidak pernah diterokai sebelum ini. Kini anda perlu mencari semula krew anda di planet tersebut sambil meneroka planet berbahaya itu.

Sea of Stars

Diinspirasikan daripada game turn-based RPG klasik, Sea of Stars membawa sentuhan moden pada genre tersebut. Ikuti kisah dua kanak-kanak Solstice yang menggabungkan kuasa matahari dan bulan untuk menghasilkan Eclipse Magic, satu-satunya kuasa yang boleh menghentikan ahli sihir jahat, The Fleshmancer.

Viewfinder

Anda pernah main Superliminal? Game Viewfinder mempunyai puzzle yang hampir sama, yang menggunakan perspektif unik untuk menyelesaikan sesuatu puzzle. Menggunakan gambar yang ditangkap, anda akan meneroka dunia unik Viewfinder!


Itu sahaja yang kami boleh syorkan kepada anda kali ini. Boleh singgah ke halaman Steam game tersebut untuk mencuba demo sekarang! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoGame DemoSteam Next Fest
ShareTweetSend
Previous Post

Kraven The Hunter bakal tiba di Malaysia pada 5 Oktober 2023!

Next Post

FIFA Football atau eFootball? Game bola sepak mana yang lagi menarik?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
FIFA Football atau eFootball? Game bola sepak mana yang lagi menarik?

FIFA Football atau eFootball? Game bola sepak mana yang lagi menarik?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd