Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam haramkan segala game berunsur NFT manakala Epic Games ‘bersetuju’ untuk menyokong!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
Steam haramkan segala game berunsur NFT manakala Epic Games ‘bersetuju’ untuk menyokong!
Share on FacebookShare on Twitter

NFT atau ‘token tidak sepiawai‘ adalah komoditi digital yang telah meningkat dalam populariti sejak kebelakangan ini dan merupakan sebuah aset digital, selalunya disimpan di ‘blockchain’, yang tidak boleh ditukar ganti dengan barangan lain. Selepas mengundang banyak masalah seperti scammer dan ‘merosakkan’ pengalaman gaming, Steam telah memutuskan untuk mengharamkan segala game berunsur NFT manakala Epic Games akan menyokong segala aktiviti NFT secara bersyarat.

Valve telah menyenaraikan perubahan pada dokumen rasmi untuk rakan kongsi dan pengguna Steamworks. Di bahagian ‘Rules and Guidelines’, Valve secara tegas melarang “aplikasi yang dibina berdasarkan teknologi blockchain yang membenarkan pertukaran mata wang kripto atau NFT.” Valve belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini di media massa.

Tentang isu diharamkan, berita itu datang dari Age of Rust, sebuah game first-person adventure di mana pemain akan diberi ganjaran NFT selepas menyelesaikan teka-teki.

“Kami memilih untuk terus terang mengenai blockchain gaming & NFT. Akibatnya, kami akhirnya kalah dalam pertarungan dengan Steam,” kata Age of Rust dalam Twitter. “Walaupun saya kecewa kerana Age of Rust dibuang, tumpuannya adalah lebih kepada game Blockchain yang akan dibuang secara keseluruhan. Ini adalah halangan untuk semua.”

https://twitter.com/SpacePirate_io/status/1448713805723099137

Beberapa jam selepas laporan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney menyatakan bahawa Epic Games Store akan menyokong semua game yang menggunakan teknologi blockchain, dan kata;

“Epic Games Store akan menyambut game yang menggunakan teknologi blockchain dengan syarat mereka mengikuti undang-undang yang relevan, memberitahu syarat mereka, dan dikenakan had umur oleh pihak yang sesuai. Walaupun Epic tidak menggunakan kripto dalam permainan, kami mengalu-alukan inovasi dalam bidang teknologi dan kewangan.”

Epic Games Store will welcome games that make use of blockchain tech provided they follow the relevant laws, disclose their terms, and are age-rated by an appropriate group. Though Epic's not using crypto in our games, we welcome innovation in the areas of technology and finance. https://t.co/6W7hb8zJBw

— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) October 15, 2021

NFT telah berusaha untuk membuat kemajuan dalam dunia gaming tetapi masih belum mendapat perhatian yang diinginkan. Penyokong menjelaskan bahawa NFT dapat memberi kawalan yang lebih luas kepada pemain untuk untuk barang dalam permainan, tidak kira sama ada peta, kostum, senjata, atau apa sahaja yang boleh dikatitkan dengan blockchain. Malangnya, perkara itu masih belum terbukti di mana kebanyakan game berasaskan blockchain akan kehilangan semua nilai apabila server tersebut mati. Ini belum lagi campur dengan kes scammer NFT yang sedang berlaku.

Apa pendapat anda tentang isu NFT bagi Steam dan Epic Games? Jika anda berminat untuk baca segala liputan kami, jangan lupa jenguk laman web Gamer Santai!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Epic Gamesmata wang kriptoNFTsteam
Previous Post

Team Spirit muncul juara dalam DOTA 2 The International 2021!

Next Post

Pembangun Abandoned menerima pelbagai ugutan dari pemain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pembangun Abandoned menerima pelbagai ugutan dari pemain!

Pembangun Abandoned menerima pelbagai ugutan dari pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd