Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Steam Families’ Kini Tersedia – Cara Baharu Untuk Berkongsi Game Bersama Keluarga & Kawan Di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2024
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
‘Steam Families’ Kini Tersedia – Cara Baharu Untuk Berkongsi Game Bersama Keluarga & Kawan Di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Valve Corporation telah mengumumkan bahawa fitur ‘Steam Families‘ kini tersedia untuk semua pengguna.

Steam Families adalah koleksi ciri-ciri berkaitan keluarga yang baru dan sedia ada. Ia menggantikan ‘Steam Family Sharing’ dan ‘Steam Family View’, memberikan satu tempat untuk menguruskan game yang boleh diakses oleh ahli keluarga/rakan-rakan dan bila mereka boleh bermain.

Anda boleh mencipta Steam Family dan menjemput sehingga 5 ahli keluarga. Anda boleh menguruskan keluarga anda melalui Steam Client, peranti mobile atau web browser.

Kredit: Steam

Apabila menyertai Steam Family, anda secara automatik akan mendapat akses kepada game yang dimiliki oleh ahli keluarga, dan mereka juga akan dapat mengakses kepada yang boleh dikongsi dalam library anda. Apabila sesiapa membeli game baru, ia akan terus muncul dalam koleksi anda.

Family Sharing membolehkan anda bermain game dari library ahli keluarga lain, walaupun mereka sedang online bermain game lain. Jika library keluarga mempunyai pelbagai salinan game yang sama, beberapa ahli keluarga boleh bermain game tersebut serentak.

Kredit: Steam

Steam Families juga merangkumi kawalan baharu, membolehkan ibu bapa menetapkan had pada apa yang anak-anak mereka boleh main dan bila mereka boleh bermain di Steam. Anda boleh mengawal game yang diakses oleh anak-anak anda serta memantau aktiviti mereka.

Ahli dalam Steam Family boleh mempunyai dua peranan: dewasa atau kanak-kanak. Mana-mana ahli keluarga dewasa boleh mengurus jemputan dan menetapkan sekatan akaun. Kanak-kanak akan tertakluk kepada kawalan ibu bapa dan tidak mempunyai kebenaran untuk mengurus.

Melalui ciri-ciri kawalan ibu bapa, ahli dewasa boleh:

  • Membenarkan akses kepada game yang sesuai
  • Menyekat akses kepada Steam Store, Community atau Friends Chat
  • Menetapkan had masa bermain (setiap jam/harian)
  • Melihat laporan masa bermain
  • Meluluskan atau menolak permintaan dari akaun kanak-kanak untuk tambahan masa bermain atau akses ciri (sementara atau kekal)
  • Memulihkan akaun kanak-kanak jika mereka kehilangan kata laluan
Kredit: Steam

Namun, Family Sharing tidak disokong oleh semua game. Ini adalah ciri di mana mana pembangun boleh memilih sama ada untuk aktifkan atau tidak bergantung pada sebab teknikal atau lain-lain.

Untuk maklumat lanjut dan FAQ, sila layari blogpost rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Steam Families
ShareTweetSend
Previous Post

MINISO Malaysia x One Piece Tersedia Sekarang – Harta Karun Untuk Peminat!

Next Post

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2024!

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd