Tahun baru cina akan bermula tidak lama lagi! Jika anda ingin mencari game baru untuk bermain bersama-sama keluarga semasa cuti itu, ini berita baik untuk anda. Steam dan Epic Games Store kini mengadakan Lunar Sale 2022 sempena perayaan ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, mari kami cerita maklumat ringkas untuk kedua-dua promosi ini.

Untuk Steam Lunar Sale 2022, Ia akan berlangsung bermula 28 Januari sehingga 4 Februari 2022. Jualan ini menampilkan beribu-ribu game serta tawaran hebat untuk anda menambahkan game baru dalam koleksi anda. Bukan setakat itu sahaja, point yang anda dapat daripada pembelian dapat digunakan di Steam Point Shop. Terdapat sticker percuma yang anda boleh tuntut setiap hari melalui kedai point tersebut.

Selain itu, Epic Games Store Lunar Sale 2022 pula berlangsung lebih lama daripada Steam. Ia bermula pada 28 Januari sehingga 11 Februari 2022. Anda boleh mendapatkan diskaun hebat untuk game popular seperti Hades, Death Stranding, Cyberpunk 2077, Far Cry 6, GTA 5 dan beratus lagi game yang tersedia dalam platform tersebut. Selain itu, jika anda melanggan emel Epic Games, anda boleh mendapatkan kupon berharga RM 40 untuk pembelian game yang berharga RM 60 ke atas. Jika anda inginkan kupon tersebut jangan lupa untuk melangganinya.

Seperti biasa, Epic Games juga memberikan game percuma untuk minggu ini. Game tersebut ialah Daemon x Machina. Ia merupakan sebuah game aksi mecha di mana anda akan bertarung bersama-sama pasukan untuk melindungi manusia daripada ancaman robot gergasi pemusnah di sebuah bandar yang sudah binasa. Anda boleh menyesuaikan mecha anda sendiri mengikut citarasa untuk dibawa ke pertarungan. Jika mecha merupakan sesuatu yang anda minati, jangan lepaskan peluang untuk menuntutnya. Ia hanya akan tersedia bermula hari ini sehingga 4 Februari 2022.
Jika anda inginkan liputan lain mengenai promosi game dan game percuma, jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai! Selamat berbelanja!
@gamersantaimy
Discussion about this post